Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Kes Anggota...

IPOH - Polis Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang didakwa...

Kerajaan Tak Berhasrat Tangguh...

KUALA LUMPUR -Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddun Tun Hussein berkata cadangan penangguhan dilihat...

SPRM Pantau Rapi Politik...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah...

Kelantan Rekod 57 Kes...

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 57 kes jangkitan...

KLHC Mara Ke Final Piala Tan Sri P.Alagendra

KUALA LUMPUR – Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bakal membuat penampilan sulung di pentas akhir Piala Tan Sri P. Alagendra selepas berjaya menundukkan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) 3-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Skuad bimbingan Lim Chiow Chuan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan sebelum pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun meledak dua gol pada minit ke-41 dan ke-55 masing-masing melalui pukulan penalti dan pukulan sudut penalti untuk muncul sebagai wira pasukan.

Penyerang dari Australia, Joshua Pollard terlebih dahulu meletakkan KLHC di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan padang, namun selang enam minit kemudian giliran Faridzul Afiq Mohd menyumbat gol penyamaan buat UNIKL juga hasil jaringan padang.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Chiow Chuan menyifatkan ia sebagai aksi terbaik pasukannya selain turut memuji dua tonggak import dari Australia, Joshua dan Nicholas James Budgeson yang mempamerkan aksi bertenaga meskipun baru sahaja tiba di Malaysia pagi tadi.

Chiow Chuan berkata aksi final yang dijadual berlangsung esok amat penting buat pasukannya dalam memburu lebih banyak kejayaan pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 yang akan membuka tirainya pada Jumaat depan.

“Saya rasa kita main dengan bagus hari ini, kehadiran dua pemain import beberapa jam sebelum perlawanan sangat membantu. Komitmen serta usaha yang ditunjukkan mereka berdua sangat-sangat bagus selain membawa kestabilan di dalam pasukan.


Satu pencapaian yang baik apabila kita berjaya ke final dan jika muncul juara ia akan memberi semangat serta dapat menaikkan lagi keyakinan para pemain, tetapi ia bukan satu tugas yang mudah kerana lawan di final nanti turut mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Sementara itu, menanti KLHC di pentas final adalah juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolts yang dibarisi sebahagian besar pemain muda tempatan dalam satu lagi aksi separuh akhir, di sini.

Tiga gol THT hadir menerusi pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat seawal minit pertama dan minit ke-55 diikuti jaringan padang oleh rakan senegaranya Joaquin Menini pada minit ke-18.

Gol tunggal pasukan TNB Thunderbolts pula hadir menerusi jaringan padang Azril Misron pada minit ke-16. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLHC

Kategori