Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Gerak Khas –...

PETALING JAYA - Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob...

Adik Dibelasah Tidak Bawa...

HANYA kerana tidak membawa anak abangnya ke kedai, seorang wanita dibelasah hingga cedera di...

PDRM Tidak Intip Akaun...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial...

Domain Pertahanan ATM Akan...

Kuala Lumpur : Kementerian Pertahanan akan terus memperkasa kesiapsiagaan domain pertahanan tentera darat,...

Komitmen Tiada Henti Naik Taraf Bidang Pendidikan

BELURAN – Komitmen kerajaan untuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini tiada hentinya dalam usaha memenuhi keperluan pendidikan rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ini kerana kerajaan sentiasa menyedari keperluan rakyat khusus di kawasan luar bandar yang masih memerlukan perhatian.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Beluran berkata sebab itu pada bajet tahun ini, kerajaan memberikan peruntukan khas RM1 bilion untuk naik taraf sekolah daif di negeri ini.

“Jarang sekali kerajaan memberikan peruntukan banyak untuk naik taraf sekolah daif di negeri ini tetapi kerana menyedari keperluan, peruntukan khas diberikan.

Saya percaya peruntukan ini dapat memacu kecemerlangan pendidikan di Sabah dengan adanya kemudahan yang lebih baik di luar bandar,” katanya pada Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kiabau dekat sini, hari ini.

Sejumlah 63 murid di sekolah itu menerima bantuan berupa beg, pakaian,kasut sekolah dan alat tulis sumbangan Felcra Berhad.


Felcra Berhad mengagihkan sebanyak 300 bentuk bantuan di bawah Program Kembali Ke Sekolah untuk kawasan Parlimen Beluran.

Ronald berkata peruntukan khas itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan mendengar permintaan wakil rakyat negeri ini yang sentiasa menyuarakan masalah kekurangan prasarana pendidikan di negeri ini.

Menurutnya beberapa sekolah daif yang memerlukan perhatian di kawasan Parlimen Beluran sudah tentu akan menerima tempias menerusi peruntukan khas itu.

Katanya naik taraf sekolah daif itu penting bagi menyediakan suasana pembelajaran selesa kepada pelajar dan prasarana lengkap untuk guru. – BERNAMA

Kategori