Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPPA: Antara Manfaat Yang...

SESUATU yang tidak diketahui ramai khasnya penentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah ia sebenarnya...

Pelik…Pengantin Cuba Dibogelkan Tetamu

MESKIPUN kebanyakan orang China agak konsevatif dalam menghadapi malam pertama mereka sebagai pengantin baru,...

“Tatu Tetap Haram Walaupun...

SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar...

Inovasi Kasut Paling Hebat...

HEBAT.. masyarakat inovatif pasti akan selalu memikirkan pembaharuan yang perlu dihasilkan untuk kegunaan...

Kompelin Kualiti Bedak, Kelar Leher Rakan Baik

AKIBAT mengadu barang yang diterima itu tidak memuaskan, seorang gadis berusia 18 tahun telah tergamak membunuh dengan mengelar leher rakan baiknya sendiri!

Suspek dikenali sebagai Nadia Fegi Madona didapati mengelar leher rakannya, Fena Selinda Rismawati, 16, di Malang, Indonesia.

Mereka dikatakan telah bertengkar kerana Fena telah mengadu bahawa dia tidak berpuas hati dengan bedak yang ditempah olehnya daripada Nadia.

Fena berasal daripada sebuah perkampungan di Jawa Timur telah ditemui oleh penduduk kampung sendiri ketika mereka mendapati mangsa mempunyai beberapa kesan kelar di leher dan badannya.

Menurut saksi, sebelum dikejarkan ke hospital, Fena memberitahu bahawa dia telah diserang oleh rakan baiknya sendiri namun mangsa tidak dapat diselamatkan serta telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

 

Mereka berdua merupakan rakan baik sejak kecil dan ramai tidak menyangka hanya kerana pertelingkahan yang terjadi pada Khamis lalu telah mengakibatkan salah seorangg daripada mereka mati.


Dipetik daripada portal Viralicous, difahamkan sebelum kejadian, Fena telah berjumpa dengan Nadia bagi mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai kualiti bedak yang dijualnya itu.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Nadia berpura-pura mengajak Fena keluar menuju sebuah kawasan hutan berdekatan tempat tinggal masing-masing.

Kerana pertelingkahan itu, suspek telah bertindak melulu dengan mengelar leher rakan baiknya itu sehingga putus!

Suspek kini masih lagi disoal siasat oleh pihak berkuasa dan jika didapati bersalah, dia hanya bakal dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan kesalahan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori