Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Turut Perkenan...

JOHOR BAHRU ā€“ Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar petang ini memperkenankan...

Lagu Rakyat Sambut Ketibaan...

KUALA LUMPUR - Lagu khas genre 'rakyat' yang diubah suai liriknya, menggamatkan Dewan...

Polis Kesan Lelaki Disyaki...

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah...

GAMBAR: Budak Lima Tahun...

MALANG tidak berbau.Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tertimbus dengan baja...

Kontraktor Perlu Laksana Projek Ikut Spesifikasi

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan kontraktor dan agensi pelaksana agar memastikan setiap projek kerajaan yang dilaksanakan mereka setanding peruntukan selain menurut spesifikasi yang ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan berkompromi atau teragak-agak melaporkan mereka kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati wujud unsur-unsur penyelewengan peruntukan.

Serentak itu juga beliau mahu semua anggota parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional memantau setiap projek pembangunan di kawasan masing-masing.

“Saya tidak mahu rakyat jadi mangsa pihak dikenali sebagai ā€˜Little Napoleonā€™. Walaupun berada di luar bandar, kita tahu jumlah peruntukan yang diluluskan dan nilai projek yang dilaksanakan.

“Kita akui setiap kontraktor perlu ada margin keuntungan tetapi jangan keuntungan yang melampau (dengan) kualiti produk yang disediakan kurang daripada apa yang dispesifikasikan,” katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak terbabit disiasat oleh agensi penguatkuasaan seperti SPRM.


Istilah Little Napoleon merujuk kepada sikap segelintir individu yang suka menunjukkan kuasa, berlagak dan cerewet sehingga mencetuskan kerenah birokrasi.

Terdahulu Ahmad Zahid merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Hutan Melintang serta menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Dewan Terbuka SMK Hutan Melintang siap sepenuhnya pada 31 Dis lalu dengan peruntukan RM600,000 yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri. – BERNAMA

Kategori