Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Istiadat Angkat Sumpah MB...

KUANTAN - Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang dijadual akan diadakan petang...

Rintihan Anak Dari Sumatera,Indonesia

Melaka - “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan...

PDRM Nafi Pantau Komunikasi...

BATU PAHAT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya memantau mana-mana peralatan komunikasi...

Pasca Bersih 4.0: Maria...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok...

Korea Selatan Fail Petisyen WTO Duti Anti-Lambakan AS

SEOUL – Menteri Perdagangan Korea Selatan, Kim Hyun-chong, pada Selasa berkata negara itu bercadang memfailkan satu petisyen Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS) yang didakwa telah mengenakan langkah-langkah perlindungan “tidak adil” ke atas mesin basuh dan sel suria buatan Korea Selatan.

Menteri itu telah memaklumkan satu mesyuarat tergempar bahawa Korea Selatan akan memfailkan satu petisyen WTO terhadap langkah-langkah tersebut, dengan merujuk tarif pelindung yang dikenakan kerajaan AS ke atas mesin basuh dan sel suria import.

Presiden AS Donald Trump telah meluluskan cadangan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) untuk mengenakan duti anti-lambakan yang tinggi ke atas mesin basuh serta sel suria import, kebanyakannya dari pengeluar Korea Selatan seperti Samsung Electronics dan LG Electronics.

Kim berkata kerajaan Korea Selatan akan menangani secara aktif langkah perlindungan itu sambil menegaskan bahawa kerajaan negara itu dijangka memenangi petisyen WTO tersebut berdasarkan kes-kes terdahulu.

Beliau berkata kerajaan Korea Selatan dan sektor swasta di negara itu telah membangkitkan isu tersebut kepada AS menerusi pelbagai saluran namun AS sudahpun membuat pilihan selepas menimbangkan situasi politik tempatan berbanding undang-undang antarabangsa.


Samsung dan LG mengeksport mesin basuh kediaman yang besar bernilai US$1 bilion ke AS pada 2016, menyumbang kira-kira 30 peratus daripada bahagian pasaran di AS.

Pembuat panel solar Korea Selatan pula mengeksport sel suria bernilai US$1.3 bilion ke AS pada tahun sama dan menduduki tangga ketiga dalam pasaran AS. – BERNAMA

Kategori