Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah...

Ubah Sikap Buruk Jika...

KUALA LUMPUR - Ahli dan pemimpin UMNO perlu membuang sikap buruk serta memperbetulkan...

Digertak 15 Konco Gores...

Seremban - “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut...

Zidane Mahu 5 Pemain...

MADRID - Meskipun baru sehari menyertai Real Madrid buat kali kedua, Zinedine Zidane...

KPDNKK Rampas Keropok Guna Logo Halal Tak Sah

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak merampas 396 bungkus keropok (keropok udang) serta 1,600 unit plastik pembungkusan kerana menggunakan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam operasi di Gopeng dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil berkata berdasarkan maklumat awam, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah premis perniagaan di sebuah kawasan perumahan kira-kira pukul 11 pagi dalam operasi yang dilakukan bersama pegawai Jabatan Agama Islam Perak.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas perniagaan yang diusahakan oleh seorang lelaki berusia 58 tahun itu mendapati pembungkusan dibuat menggunakan penandaan bertulisan halal dengan huruf rumi dan jawi.”

Berdasarkan keterangan lelaki tersebut, perniagaan yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu menggunakan keropok mentah yang dibawa masuk dari sebuah negara jiran.

Hasil siasatan mendapati keropok itu yang siap dibungkus dipasarkan di Hentian Rehat dan Rawat sepanjang laluan Tapah hingga Tanjung Malim,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shamsul Nizam berkata nilai rampasan ke atas kesemua barangan dianggarkan sebanyak RM1,786.

Katanya kes disiasat di bawah Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011.


“KPDNKK memandang serius premis perniagaan yang menggunakan perakuan dan penandaan halal (tidak sah) ke atas produk makanan atau barangan keluaran mereka serta melanggar undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Nizam berkata sebanyak 17 kes melibatkan isu halal dengan nilai rampasan sebanyak RM8,377 direkodkan bagi tempoh Januari tahun lepas hingga semalam.

Menurut beliau pihaknya akan mempergiatkan usaha untuk melindungi pengguna daripada penggunaan logo halal oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat premis yang menggunakan logo halal tidak diperakui.

“KPDNKK juga menasihati pengusaha atau syarikat supaya memastikan setiap makanan atau barangan keluaran mereka hanya menggunakan perakuan dan penandaan logo halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwajib sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Kategori