Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kursus Persediaan Di Malaysia...

MADINAH - Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Asia Barat...

Bekas Army Cari ‘Gadis...

BIARPUN sudah 47 tahun berlalu, seorang bekas koperal bahagian perkhidmatan pergigian tentera British, Warren...

Jangan Jadi Khadam Musuh...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan pihak-pihak tertentu...

Bicara Kes Laporan Audit...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua...

KPDNKK Sita Lesen Sebuah Stesen Minyak Di Ajil

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu telah menyita lesen sebuah stesen minyak di Ajil, Hulu Terengganu kerana tidak menyediakan stok bekalan minyak yang mencukupi dalam satu operasi yang diadakan malam tadi.

Pengarah KPDNKK Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata kes itu adalah yang pertama untuk tahun ini dan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci serta pemantauan secara berterusan.

“Siasatan dijalankan hasil pemantauan 32 pegawai penguat kuasa di 66 stesen minyak di seluruh Terengganu, yang bermula kira-kira 9 malam tadi (Rabu).

“Setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak tiga sen seliter bagi RON 95 dan RON 97 serta enam sen seliter bagi diesel petang semalam, kami terus menjalankan pemantuan kerana ini merupakan rutin mingguan Pegawai Penguat kuasa KPDNKK apabila berlaku perubahan harga setiap Rabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan ke atas pemilik stesen itu dibuat kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, yang mana peniaga tidak mematuhi syarat lesen.


Saharuddin berkata tindakan itu dilakukan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga melindungi pengguna bagi memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi,” katanya.

“Bagaimanapun KPDNKK Terengganu masih membenarkan stesen minyak itu terus beroperasi kecuali satu pam yang tidak menyediakan bekalan minyak dalam operasi semalam kerana kepentingan orang ramai.

Semua pengusaha stesen minyak diminta supaya mematuhi peraturan dan kami meminta kerjasama pengguna agar memaklumkan kepada KPDNKK sekiranya berlaku sebarang pelanggaran pematuhan seperti dinyatakan tadi,” katanya. – BERNAMA

Kategori