BOGOTA – Lebih setengah juta rakyat Venezuela terpaksa mencari perlindungan di Colombia selepas krisis ekonomi melanda negara itu, kata pihak berkuasa di sini semalam.
Seramai 550,000 rakyat Venezuela dikesan berjaya memasuki Colombia, iaitu meningkat 62 peratus berbanding rekod pada tahun lalu, kata Pengarah Migrasi Colombia, Christian Kruger.
Beliau berkata krisis ekonomi berkenaan bukan sahaja memaksa ribuan rakyat Colombia yang berhijrah ke Venezuela kembali semula ke negara asal, tetapi turut membuatkan mereka melarikan diri ke Colombia.
“Mereka (rakyat Venezuela) terpaksa menjadikan negara ini sebagai transit, tempat kediaman sementara atau untuk membeli barangan keperluan harian yang sudah kehabisan di negara itu,” kata Kruger.
Baca: Venezuela Kehabisan Kertas Dan Dakwat
Serta: Berat Rakyat Venezuela Turun 10 Kilogram
Dan: Harga Sebiji Burger Di Venezuela Kini RM700
Juga: Penduduk Venezuela Makan Anjing Peliharaan
Kedua-dua jiran di benua Amerika Selatan itu berkongsi sempadan darat sepanjang 2,200 kilometer.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Mauricio Cardenas yang memberitahu wartawan awal minggu ini bahawa kerajaan bersedia menanggung semua kos berhubung dasar keterbukaan dan perpaduan sehingga hari ini.
“Kami menawarkan perubatan kecemasan dan persekolahan kepada semua rakyat Venezuela,” katanya. Namun, beliau memberi amaran Colombia memiliki had tertentu jika kehadiran pendatang terus meningkat’. – AFP/BH ONLINE