Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Rakan Jadi Pembakar...

BANGI - Kejayaan rakan senegara yang berjaya bergelar juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa...

10 Didakwa Terima Wang...

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu termasuk empat wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang...

MH17: Najib Terima Panggilan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima panggilan...

Peruntukan RM1.07b Atasi Banjir,...

HULU TERENGGANU - Peruntukan sebanyak RM1.07 bilion kepada kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia...

KRT Perlu Kekal Peratusan Rasa Selamat Komuniti

PUTRAJAYA – Mengekalkan peratusan penilaian 88 peratus tahap rasa selamat komuniti di kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga merupakan keutamaan yang perlu dicapai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Ia merupakan antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan kepada jabatan itu selain meningkatkan peratusan program ‘Moments of Unity’ dan tahap toleransi dan penerimaan di kalangan penganut agama di negara ini, katanya.

Kurup berkata pada masa ini terdapat 7,947 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara melibatkan penyertaan lebih 160,000 penduduk.

Katanya, walaupun statsitik JPNIN pada tahun lepas menunjukkan Indeks Rasa Selamat komuniti di KRT mencapai 92.21 peratus, namun keadaan itu boleh berubah berdasarkan faktor seperti mempunyai sikap berpuas hati dengan apa yang dicapai.

“Kita boleh sasarkan indeks lebih tinggi tetapi setakat ini memadai jika peratusan rasa selamat itu dikekalkan dan lebih utama, ia tidak boleh turun atau kurang daripada paras 88 peratus,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu di sini hari ini.

Kurup berkata program sedia ada yang terbukti berkesan dalam mewujudkan rasa selamat penduduk seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan kejiranan dan aktiviti yang memupuk rasa kebersamaan termasuk gotong royong dan sayangi komuniti akan terus diperkasa serta ditambah nilai.

Beliau juga menetapkan supaya skor kepuasan ibu bapa terhadap Tabika Perpaduan ditingkatkan kepada 4.0 peratus tahun ini berbanding skor 3.94 peratus yang dicapai tahun lepas daripada skor keseluruhan 5.0 peratus.


“Kita mahu kepuasan skor yang meliputi fizikal kelas, keselamatan dan perkembangan pelajar, layanan guru dan pelaksanaan aktiviti di Tabika Perpaduan mencapai skor 4.0 daripada sasaran mencapai sekurang-kurangnya skor 3.5 yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

Dalam usaha memantapkan perpaduan di kalangan masyarakat, Kurup juga mahu peratusan penglibatan 1,000 pelajar universiti daripada kalangan bumiputera dalam Program Perpaduan Internship di syarikat-syarikat bukan bumiputera yang direkodkan beberapa tahun kebelakangan ini dikekalkan.

“Untuk 2017 kita cuma sasar 1,000 pelajar menyertainya tetapi tanpa disangka program ini berjaya disertai oleh 1,461 pelajar, bermakna ruang untuk pelajar bumiputera mengenali budaya dan cara kerja di syarikat bukan bumiputera sentiasa terbuka,” katanya.

Terdahulu, Kurup menyaksikan upacara menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) antara JPNIN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Idris dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Tan Kang Sai. – BERNAMA

Kategori