Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Razif Bangga Kejayaan Azizulhasni...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan...

Mesyuarat Khas Isu Kartel...

KULAI - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengadakan mesyuarat khas pada...

‘Oyen’ Sesat Naik Lori...

PETALING JAYA – Seekor kucing dikenali sebagai ‘Oyen’ membuat pemiliknya panik gara-gara hampir...

X-Factor New Zealand Umum...

Isu juri program realiti X-Factor New Zealand yang mengeluarkan kritikan kontroversi baru-baru ini...

Kurang 2 Minit 3 Lelaki Rompak Kedai Emas Di Bangi

KAJANG – Hanya kurang dua minit, itulah masa diambil tiga lelaki yang melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM370,000 dari sebuah kedai emas di Persiaran Bangi Avenue, Taman Bangi Avenue, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.22 pagi itu, kesemua suspek yang memakai topi keledar memasuki premis berkenaan sebelum memecah cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan emas jenis 916.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ketika kejadian, salah seorang daripada mereka dipercayai bersenjatakan objek menyerupai pistol tetapi tiada tembakan dilepaskan.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup mendapati kejadian itu, berlaku kurang dua minit dan kami mendapati premis berkenaan dijaga seorang wanita yang merupakan jurujual premis itu tetapi tidak dicederakan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya suspek kemudian melarikan diri menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha 125z dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. – BERNAMA

Kategori