Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Enggan Layan...

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan melayan dakwaan mengatakan sebuah...

Adun Seri Setia Meninggal...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Anggota...

1MDB Tegas Tak Sorok...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menegaskan bahawa ia tidak...

5,841 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini meningkat kepada 5,841 kes...

Kurang Siuman Graduan Niaga Nasi Lemak, Bawa Uber

KUALA LUMPUR – “Siapa yang pilih jadi pemandu uber atau penjual nasi lemak itu hak merekalah. Kita ucap tahniah kepada mereka.”

Itu sindiran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad keatas peniaga nasi lemak atau pemandu uber yang mengkritik beliau.

Mahathir mendakwa lulusan universiti yang berniaga nasi lemak atau menjadi pemandu uber bukan kerana bersemangat keusahawanan, sebaliknya terpaksa.

Beliau malah menyindir pendapatan daripada perniagaan nasi lemak dan memandu uber tidak lumayan seperti seorang jurutera atau doktor.

“Kalau mahu semua penjual nasi lemak kelulusan universti, kita akan hantar mereka ke universiti belajar jadi jurutera atau doktor lepas tu pergi jual nasi lemak.

“Orang yang buat cara macam ini kurang siuman. Orang hantar anak ke universiti supaya beri pendapatan yang lebih lumayan kepada diri mereka,” sindirnya lagi.

Sindiran itu dibuat menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Mahathir dikecam sebilangan besar peniaga nasi lemak dan pemandu uber kerana seolah-olah menghina mata pencarian mereka.

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu sebelum ini mendakwa kononnya tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti tetapi berniaga nasi lemak.

Mahathir dalam rakaman videonya hari ini menafikan beliau menghina peniaga nasi lemak dan pemandu uber dalam kenyataannya sebelum ini.


Dakwanya, beliau cuma menyatakan adalah satu pembaziran jika graduan cuma menjadi peniaga nasi lemak dan pemandu uber.

“Mereka terpaksa (jadi peniaga nasi lemak dan pemandu uber) bukan kerana kesilapan mereka tetapi disebabkan dasar kerajaan.

“Mereka ini menganggur maka terpaksa cari makan jual nasi lemak dan bawa kereta sewa,” sindirnya lagi.

Penjelasan Mahathir itu bagaimanapun terkeluar daripada realiti dan jelas bermotifkan politik.

Tinjaun Mynewshub tahun lalu mendapati rata-rata pemandu uber adalah dalam kalangan mereka yang berkerjaya.

Majoriti mereka memandu uber bagi mencari pendapatan tambahan yang boleh diperoleh dengan mudah pada masa lapang.

Sebilangan graduan yang berniaga nasi lemak pula kerana minat dan menjadikan perniagan itu sebagai batu loncatan dalam bidang keusawahanan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori