Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Baru Hilang Motor, Kereta...

BIASANYA lepas hujan mesti akan muncul pelangi... Tapi lain pula bagi pelakon Kamal...

Jejak Karbon Tentu Impak...

KUALA LUMPUR - Semua projek infrastruktur atau penjanaan elektrik akan memberi impak kepada...

Bersih 5: Surat Bukti...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyebarkan surat didakwa daripada seorang...

Masyarakat India Bersedia Sambut...

KUALA LUMPUR - Kedatangan musim menuai atau lebih dikenali sebagai Ponggal oleh masyarakat...

KWSP Kemuka Permohonan Status Kedaulatan Di AS

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannyamemperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril​​​​​​​ Ridza Ridzuan.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dalam tempoh yang agak lama malah turut dibangkitkan ​​​​​​​semasa lawatan kerajaan ke Washington pada September 2017.

“Kerajaan Malaysia sentiasa berbincang dengan rakan sejawat AS mengenai permohonan kami untuk mendapatkan status kedaulatan, yang akan membolehkan kami melabur secara lebih efektif di AS.

“Ia kemudiannya akan membolehkan KWSP melakukan lebih banyak bagi pelaburan dari segi​​​​​​​infrastruktur atau hartanah, yang menjadi hasrat kami,” katanya kepada pemberita di luar acara Invest Malaysia 2018 di sini, hari ini.

Shahril Ridza merupakan penceramah bagi sesi bertajuk Kemampanan dan Pasaran Pesat Membangun (Sustainability and Emerging Markets).

Beliau berkata kerajaan kini menunggu bagi permohonan itu diputuskan.

Terdahulu dalam sesi itu, Shahril Ridza berkata KWSP sentiasa menumpukan kepada pulangan yang cekap bagi pelabur​​ dan menyasarkan aset dilaraskan oleh kesan inflasi yang ditawarkan AS.

“Aset global menyumbang kira-kira 30 peratus kepada aset di bawah pengurusan keseluruhan dan AS jelas merupakan antara pasaran terbesar yang kita ada.

“Pasaran AS adalah sangat kukuh, jadi kita bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi dalam pasaran ini, terutama dalam projek infrastruktur, keutamaan paling penting bagi pentadbiran AS ketika ini, dan sektor hartanah,” katanya.

Mengenai projek Battersea Power Station, Shahril Ridza menekankan bahawa pelaburan KWSP dalam​​​​​​​projek ini bukan untuk hasil jangka pendek dan aset tersebut sangat sesuai bagi dana jangka panjang KWSP dan Permodalan Nasional Bhd.


“Kami berada di situasi terbaik untuk menempatkan modal menerusi banyak kitaran, bagi pemaju, mereka lebih menumpukan kepada keuntungan pembangunan jangka pendek berbanding pegangan aset jangka panjang.

“Ini benar-benar tidak lebih daripada penstrukturan semula pemilikan aset, untuk meletakkan aset yang tepat di tempat yang betul, di mana ia sepatutnya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan berita bahawa hasil daripada projek Battersea mungkin berkurangan​​​​​​​ daripada apa yang dijangka KWSP ketika melancarkan projek tersebut.

Sementara itu, mengenai kemungkinan kadar dividen 2017, Shahril Ridza berkata ia dijangka pada kadar yang ‘agak selesa’.

Pengumuman akan diumumkan pada Februari ini.

KWSP telah mengumumkan dividen 5.7 peratus bagi 2016, dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM37.08 bilion. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori