Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Pekerja Pembersihan Juga Wira...

ARAU - Bergelumang dengan kekotoran dan bau busuk, selain berdepan risiko dijangkiti pelbagai...

Tawaran Pemutihan Baharui Cukai...

BENTONG - Pemilik motor dan kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh tidak...

Peluru Sesat: Bapa Ambil...

ALOR SETAR - Bapa kepada pelajar yang cedera akibat terkena peluru penabur sesat...

Saran Imigresen Beri Insentif...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar pihak...

Labuan Catat Kenaikan 8.24% Ketibaan Pelancong

LABUAN – Sebanyak 1,095,452 pelancong dan pengunjung yang singgah bermalam memasuki pulau bebas cukai di sini sepanjang tahun lepas, melepasi jumlah yang direkodkan pada 2016 iaitu sebanyak 8.24 peratus.

Jumlah pengunjung yang direkodkan pada 2016 mencapai 1,012,056 orang.

Menurut statistik Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, jumlah ketibaan pengunjung domesik melalui laut tahun lepas adalah 681,753 berbanding 134,101 ketibaan antarabangsa.

Jabatan itu merekodkan 279,598 pengunjung melalui udara.

Pertambahan jumlah pengunjung yang memasuki pulau ini agak tinggi pada Jun dan Disember dengan masing-masing sebanyak 102,427 dan 120,205 orang.

Pertambahan bilangan pengunjung pada 2017 banyak dipengaruhi oleh publisiti media mengenai tempat pelancongan di pulau ini, penemuan baru kawasan menyelam skuba dan program kalender tahunan.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa pengunjung yang memasuki pulau ini tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya adalah pengunjung (mereka yang tinggal di pulau ini lebih daripada 24 jam).


Pengunjung yang memasuki Labuan dari negara jiran Brunei melalui laut adalah 81,275 orang berbanding 79,943 pada 2016.

Mengenai kenaikan itu, anggota Parlimen Labuan yang juga pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli berkata jumlah itu dijangka meningkat tahun ini berikutan pertambahan pakej pelancongan dan pemandu pelancong yang berlesen.

“Kita sedang menambah baik kemudahan pelancong bagi memenuhi keperluan pelancong dan pengunjung di sini, memandangkan kami mempunyai padang golf 18 lubang bertaraf antarabangsa. Kami juga merekodkan peningkatan pelancong asing untuk bermain golf dan kami mahu mmembangunkan sektor pelancongan kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori