Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran Pekerja Asing Melalui...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara bagi...

Jumlah Denda Langgar SOP...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan berkenaan jumlah denda bagi lima...

Soundcamp – Aplikasi Membuat...

APLIKASI yang sedia dimuat turun pada peranti Android menerusi hub Google Play sememangnya...

“Video Seks Kelihatan Tidak...

PERTUBUHAN media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks...

Laluan Sementara Jalan Utama Johor Bahru-Mersing

JOHOR BAHRU – Usaha membina sebuah laluan sementara dari Johor Bahru ke Mersing dekat sini sedang giat dijalankan bagi membolehkannya dibuka kepada pengguna jalan raya pada awal Februari atau sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing Mohd Kamal Mohd Raudzi berkata pembinaan laluan sementara itu kini sudah memasuki hari keenam dengan tumpuan diberikan pada kerja-kerja penurapan jalan.

Katanya laluan itu terpaksa diwujudkan kerana jalan utama yang menghubungkan kedua-dua kawasan sebelum ini ditutup pihak berkuasa ekoran tanah mendap yang berlaku di jalan berkenaan.

“Pembaikan jalan utama hanya dapat dimulakan setelah sebut harga kos dapat dimuktamadkan. Oleh itu, sebagai keselesaan pengguna, kita sedang membuat laluan sementara berhampiran jalan utama,” kata beliau ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata sementara menunggu laluan sementara itu siap, orang ramai masih boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Nitar untuk ke Mersing atau Kuantan, Pahang dan sebaliknya.


Pada 15 Jan lepas, tanah mendap seluas 70 meter dan sedalam 15 meter itu hampir meragut nyawa seorang warga emas lelaki serta beberapa penumpangnya yang melalui jalan berkenaan kira-kira 2.30 pagi.

Kejadian difahamkan berlaku berikutan hujan lebat yang berlarutan di daerah itu selama beberapa hari. – BERNAMA

Kategori