Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Wajah Seperti Zombie...

Seorang bapa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka hinggakan wajahnya kelihatan seperti...

Udang Malaysia Dijamin Bebas...

PEKAN - Jabatan Perikanan memberi jaminan udang yang diternak oleh 1,200 pengusaha udang...

Polis Kelantan Rampas Dadah...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM89.1 juta dan...

Seorang Lagi Bayi Dibuang...

GEORGE TOWN - Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan sebuah...

Lama ‘Diam Diri’, Betul Ke Shukri Dikawal Isteri?

SUDAH lama rasanya kita tidak mendengar khabar mengenai aktor kacak, Shukri Yahaya yang memiliki paras rupa iras selebriti hot Filipina, Jericho Rosales ini kan?

Senyap selepas dihimpit kontroversi, ramai netizen mendakwa pelakon yang popular menerusi drama, Andainya Takdir itu kini dikawal ketat oleh isterinya sendiri, Tya Adnan.

Mana tidaknya, dakwaan kononnya dia goda seorang wanita menerusi aplikasi WeChat sebelum ini sedikit sebanyak telah memberi impak dalam selain pelbagai tuduhan tidak benar membelenggu dirinya.

Bagaimanapun, Shukri Yahaya atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya menyelar dakwaan tersebut dan tampil untuk memberi pencerahan berhubung ‘kehilangan’ itu.

Menurut Shukri, ‘kehilangan’ bukan disebabkan oleh kawalan isteri sebaliknya kesibukan di set penggambaran menyebabkan dia sepi daripada sebarang publisiti.

“Isteri tidak pernah kawal saya seperti didakwa. Orang nampak saya tidak aktif di TV bukan kerana saya berkurung di rumah sebaliknya sibuk di set penggambaran dan produknya akan dipertonton tahun ini.

“Saya akui memang kali pertama saya berdepan kontroversi seperti itu tetapi sejujurnya perkara tersebut tidak pernah beri impak kepada karier mahupun keluarga saya,” katanya dipetik sebuah portal.

Tambah Shukri lagi, selepas kontroversi berkenaan, dia dan isteri ada duduk berbincang dalam menyelesaikan berhubung isu berkenaan.

Pada masa sama, Shukri turut memanjatkan rasa syukur kerana sehingga saat ini hubungan dengan isterinya tidak bermasalah kerana dia tidak pernah melakukan perkara sebegitu.

“Bagaimanapun sebagai isteri dia ada nasihatkan saya untuk lebih berhati-hati selepas ini memandangkan dia sedar status sebagai seorang pelakon ini amat mudah terpalit dengan kontroversi seperti itu,” ujarnya.


Jelasnya lagi, meskipun mengakui diri nakal namun dia dengan tegas menyatakan bahawa tidak akan sama sekali berbuat sesuatu perkara yang boleh menggadaikan mahligai perkahwinannya.

Hal ini kerana bagi Shukri, keluarga adalah harta paling berharga adalah keluarga yang mana diibaratkan seperti mutiara tiada tara.

“Saya nakal tetapi lebih kepada mengacau orang sahaja. Untuk nakal melibatkan perempuan itu bukan saya. Malah tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berbuat demikian.

“Tetapi memang selepas kejadian tersebut saya sangat berhati-hati malah untuk menggunakan perkhidmatan panggilan video atau bersembang secara langsung juga saya tidak akan buat. Sangat takut jika ada yang menyalahgunakan pula,” jelasnya.

Dalam waktu yang sama, Shukri jujur mengakui amat menyayangi isterinya dan wanita itu adalah penguat buat dirinya.

“Melihat dia menjaga anak dan menguruskan rumah tangga saya yakin dia adalah seorang yang kuat. Sebab itu ketika ini saya sangat pentingkan waktu bersama-sama keluarga sebab saya tahu insan-insan ini adalah kekuatan buat diri saya,” ujar aktor berusia 29 tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Shukri juga dikatakan menyimpan hasrat untuk membawa isteri tercinta menunaikan umrah suatu hari nanti. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori