Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

TMJ Beritahu Sidang Dunia...

KUALA LUMPUR - "Hak penyiaran televisyen (perlawanan Liga Malaysia) adalah satu masalah besar...

Kanak-Kanak Usia 13 Tahun...

PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang...

NRE Punya Mekanisme Halang...

SEPANG - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mempunyai mekanisme untuk menghalang...

Khaled Jamin Pertahan Pengajian...

BARU-BARU ini berlangsung Syarahan Za’ba bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan...

Lanjut Tutup Tapak Lupus Sampah Simpang Renggam

KLUANG – Tempoh penutupan sementara tapak pelupusan sampah CEP Renggam di Simpang Renggam dekat sini dilanjutkan sehingga 21 Feb ini berikutan kerja-kerja pembaikan benteng dan kolam takungan air resapan di kawasan berkenaan masih dijalankan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique berkata tempoh penutupan itu, yang bermula pada 14 Jan lepas, sepatutnya berakhir pada Ahad ini.

“Lanjutan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan SWM Greentech Sdn Bhd segera membaiki benteng kolam tangkungan air resapan yang pecah.

“Sepanjang tempoh berkenaan, Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) tidak dibenarkan menghantar sampah ke sini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan itu semalam.

Sebagai alternatif, MPBP akan menghantar sampah ke CEP Bukit Bakri di Muar, MPK ke CEP Batu 4, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kota Tinggi dan MDSR ke CEP Selong di Senai.


“Semua kos melibatkan penghantaran sampah itu ditanggung oleh SWM Greentech Sdn Bhd,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merangkap Anggota Parlimen Simpang Renggam Datuk Liang Teck Meng, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Ismail Mokhtar dan Pengurus Projek SWM, S Prakash. – BERNAMA

Kategori