UNIK… Pernahkah anda terbayangkan lapik getah boleh dijadikan sebagai skirt yang sempurna? Anda malah boleh mendapatkan skirt ‘lapik kereta’ hasil buatan jenama terkemuka, Balenciaga.
Ia bahkan dijual di pasaran seluruh dunia dengan harga ‘berpatutan’ iaitu cuma AS$2,300 (RM9,090). Meskipun idea itu agak menarik buat Balenciaga menjadikannya sebagai pakaian gaun, namun ia memerlukan sedikit usaha.
Material pakaian yang cetus kontroversi itu namun sebenarnya 50 peratus kulit kambing biri-biri, bukannya getah. Bahan kulit yang menggantikan getah – hampir keseluruhannya – menjadikan skirt itu macam rupa lapik kereta.
Peruncit barangan rumah, Argos, baru-baru ini telah menyatakan bahawa ia mungkin diilhamkan daripada salah satu lapik kereta yang mereka perna jual dan kini telah tular dalam kalangan pengguna media sosial antarabangsa.
“Ia sungguh hebat apabila lihat jenama fesyen yang begitu dihormati telah ambil inspirasi lapik kereta dan kagum skirt itu hampir menyamai dengan barangan kami iaitu Cosmos Duro All Weather Car Mat,” kata jurucakap Argos.
Balenciaga baru-baru ini menghasilkan pakaian seperti ‘lapik kereta’ dan di Britain, ia bernilai £1,800 (RM9,800). Ia sebenarnya pernah dipertontonkan dalam pertunjukan fesyen musim musim luruh/sejuk 2017 di negara itu.
“Adakah Balenciaga ingin meletakkan logo mereka di lapik kereta dan turut menjualnya seperti skirt,” tulis salah seorang pengguna laman sosial Twitter sebagai menyindir pengeluar fesyen yang berpangkalan di Perancis itu.
“Balenciaga kini telah berjaya menjual lapik kereta pula tetapi diperagakan seperti skirt bernilai ribuan dolar. Saya bagai nak menangis…,” tulis sinis seorang netizen dalam catatan lain yang turut terkejut dengan harga jualannya.
Beberapa orang pengguna juga ada menyiarkan gambar perbandingan harga lapik kereta biasa bersebelahan dengan foto ‘pakaian’ tersebut, serta kapsyen lucu: “Empat helai lapik kereta = AS$20, Sehelai lapik kereta = AS$2,000”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA