Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Orang Kampung Bakar Rumah...

PONTIANAK - Polis dan tentera Indonesia semalam memindahkan ratusan bekas anggota kumpulan ajaran...

Soleimani Dibunuh Untuk ‘Hentikan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa...

Kajian Kajidata Menunjukkan BN...

KUALA LUMPUR – Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) pada masa...

Mahfuz Umum Sertai PAN,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas Pokok Sena, Mahfuz Omar hari ini mengumumkan...

Lawak… Bila Ayah Tersalah Hantar Sekolah Anak

IMPIAN setiap ayah di dunia ini sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Mereka akan sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk melihat anaknya hidup dalam situasi yang sempurna dan berjaya dalam kehidupan kelak.

Namun ayah pun seperti manusia normal yang lain juga, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan yang mana mungkin kadang kala ia menjadi situasi yang agak melucukan.

Terbaharu, kisah seorang ayah yang tidak sengaja terhantar anak perempuannya ke sebuah sekolah rendah mengundang reaksi lucu daripada netizen.

Difahamkan, si kecil berusia lima tahun itu sepatutnya dihantar ke sekolah tadika namun ayahnya itu terlupa dan dikatakan terus pulang ke rumah selepas menghantarnya.

Mujur anaknya sempat mengadu kepada seorang guru di sekolah terbabit dan ayahnya itu tidak lama kemudian telah dihubungi untuk mengambil semula anaknya.

Alahai anak, maafkanlah kealpaan ayahmu itu… mungkin lelaki itu terlalu banyak memikirkan perkara sehingga membuatkan dia tersilap lokasi.


Apa-apa pun, gambar yang menjadi tular di media sosial itu menerima pelbagai reaksi netizen khasnya golongan ibu bapa yang rata-rata memahami situasi lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman sama tersalah hantar anak masing-masing.

“Ayah nya pun dah kenapa, kot ye pon tergesa-gesa cubalah atur dulu selipar anak tu bagi betul, sampai terbalik selipar budak tu,” tulis pengguna Facebook Tenku Maharezza.

“Tak payah kata bapa, mak nye pun kadang-kadang silap hantar anak, aku pernah nak hantar anak ke sekolah rendah, tapi terhantar ke sekolah agama, tetiba anak tanya ‘mama nak pergi mana?’ ,” kata Azida Aida. – MYNEWSHUB.CC

Kategori