Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ketua Jurulatih: KAFA Masih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih menunggu keputusan Yusri Che...

Keluarkan Deposit, Mungkin 70...

KUALA LUMPUR - Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama...

RM600 Juta Untuk Kementerian...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM600 juta kepada Kementerian Kesihatan...

Polis Sarawak Tahan 160...

MIRI - Polis Sarawak menahan 160 individu dalam 97 operasi membanteras judi haram...

Lawan Derita Hantar Anak Ke Sekolah

MELAKA – Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan pengorbanan penghidap masalah fibroid, Azreena Abd Aziz, 41, yang sanggup mengayuh basikal sejauh lima kilometer sehari semata-mata untuk menghantar anak tunggalnya ke sekolah.

Azreena berkata, masalah fibroid menyebabkan dia berasa sakit pada bahagian perut setiap kali mengayuh, namun kerana mahu melihat anak tunggal perempuannya, Puteri Nur Aisyh Abdullah, 8, cemerlang dalam pelajaran, dia terpaksa berbuat demikian.

Katanya, selepas suaminya menghilangkan diri sejak hampir setahun lalu, dia memikul tugas menguruskan Puteri Nur Aisyh termasuk berkayuh dari rumah mereka di Kampung Banda Kaba ke sekolah.

“Waktu pergi dan pulang, saya jemput Puteri Nur Aisyh kerana bekerja pada syif petang. Air mata kerap mengalir kerana terpaksa tinggalkan anak sendirian di rumah kerana tugas saya sebagai tukang cuci bermula jam 2 petang hingga 11 malam.

“Hati mana tidak risaukan keselamatan anak tetapi saya terpaksa kerana tidak ada sumber pendapatan lain. Saya perlu bekerja bagi memastikan keperluan persekolahan anak tidak terbantut.

“Saya bekerja secara sambilan, jadi pendapatan tidak tetap, namun sekurang-kurangnya kami ada wang untuk berbelanja. Sebelum ini, saya melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi pembantu gerai,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.


Azreena berkata, masalah fibroid menyebabkan dia tidak boleh melakukan tugas berat kerana berisiko tinggi mengalami kesakitan yang berlarutan berhari-hari.

Menurutnya, kerana kekangan kewangan, dia tidak mampu menyediakan kediaman lebih selesa untuk Puteri Nur Aisyh dan terpaksa tinggal di rumah sewa uzur termasuk atapnya sudah bocor. – myMetro Online

Kategori