Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banduan Lari Dari Hospital...

KUALA LUMPUR - Seorang banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital...

Polis Tahan Empat Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan empat lelaki dipercayai pengedar dadah bagi membantu siasatan...

Jumlah Mangsa Bot Karam...

JOHOR BAHRU - Tiga lagi mayat mangsa bot pancung karam pada malam Selasa...

Malaysia -Turki Setuju Pertukaran...

ISTANBUL - Malaysia dan Turki bersetuju bahawa masalah ekstremisme dan ancaman keganasan perlu...

Lebih 200 Pesawah Tanam Padi U-Putra Akhir Bulan Ini

BESUT – Lebih 200 pesawah di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA-KETARA) akan mula menanam varieti Padi U-Putra hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kawasan sawah seluas 170 hektar, akhir bulan ini.

Ketua Program Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) UPM, Profesor Dr. Mohd Razi Ismail berkata selain pesawah di Besut, 20 pesawah juga akan menanam padi jenis itu di tempat lain di seluruh negara.

Katanya, pihaknya telah menjalankan ujian tanaman di kawasan sawah seluas empat hektar di IADA KETARA pada tahun lalu yang mendapati padi U-Putra itu sesuai ditanam berdasarkan pengeluaran hasil yang sekali ganda bagi sehektar berbanding padi biasa.

“Walaupun padi yang ditanam dalam ujian sebelum ini tidak menggunakan tekonologi penyelidikan padi UPM sepenuhnya tetapi padi yang ditanam dalam percubaan tersebut berjaya mengeluarkan hasil memberangsangkan dan terhindar daripada penyakit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Dr. Mohd Razi, penanaman padi U-Putra yang akan dimulakan kali ini akan dilengkapi dengan teknologi penyelidikan UPM, menggunakan sembilan produk teknologi inovasi, serta mampu mengeluarkan hasil sehingga 10 tan metrik padi sehektar.

Kesemua sembilan produk itu dihasilkan melaui insiatif LRGS yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang memperuntukkan RM10 juta bagi bidang keutamaan jaminan makanan yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Produk-produk yang dihasilkan melalui insiatif LRGS itu ialah Grow LRGS, U Filler LRGS, Baja Asid Sulfat,LRGS, U Enhance S2,LRGS, AHA-AcidHumik Teratif.LRGS, Putra Saponin Nanoemulsi, LRGS, Putra Air Unmanned,LRGS, Putra-Karah LRGS dan Putra-Submergen, LRGS.


Katanya, penggunaan hasil penyelidikan itu telah berjaya dibuktikan melalui penanaman Padi U-Putra di Ladang Merdeka, Ketereh, Kelantan yang menghasilkan pengeluaran padi sebanyak 10 tan metrik bagi setiap hektar sawah.

“Saya yakin komuniti pesawah di IADA KETARA yang akan memulakan tanaman Padi U-Putra juga akan menikmati hasil yang lumayan kerana padi yang ditanam dengan inovasi penyelidikan UPM itu mampu menghasilkan keluaran berlipat kali ganda,” katanya.

Beliau berkata, penanaman padi U-Putra itu mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 120 hari atau empat bulan selepas ditanam kelak.

Majlis Pelancaran Teknologi Padi U-Putra di Besut telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Kampung Lubuk Kawah, Jertih pada 30 Oktober, 2016. – BERNAMA

Kategori