Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengawal Pantai Itali Selamatkan...

ROME - Pengawal pantai Itali telah menyelamatkan 1,271 pendatang yang menaiki bot diperbuat...

‘Sungai Besar Kini’ Ketengah...

SUNGAI BESAR - Akhbar 'Sungai Besar Kini' yang dilancarkan hari ini mengetengahkan isu...

Pasca Banjir: Guru Bantu...

KUALA KRAI - Keadaan di Kuala Krai yang masih belum pulih sepenuhnya setelah...

Kit Siang Perlu Keluar...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang perlu keluar dari Malaysia...

Lebih 50 Maut Dalam Pertempuran Bersenjata

BANDARAYA MEXICO – Konfrontasi bersenjata membabitkan kumpulan gengster dan jenayah dengan pasukan keselamatan mengakibatkan lebih 50 nyawa terkorban di seluruh Mexico dalam tempoh tiga hari lepas, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Menurut Jabatan Angkatan Laut dalam satu kenyataan, semalam tujuh lelaki bersenjata maut dalam pertempuran dengan anggota marin di Cabo San Lucas, destinasi pelancongan popular di barat negeri Baja California Sur.

Empat suspek bersenjata menyerang anggota marin yang sedang menjalankan rondaan, sebelum pertempuran sengit berlaku, menyebabkan empat suspek berkenaan maut. Tiga lagi penjenayah terbunuh dalam pertempuran berasingan.

Keganasan membabitan kumpulan gengster meningkat di Baja California Sur, yang menyaksikan pada 20 Disember lepas, enam mayat ditemui tergantung di lebuh raya.

Tahun lepas merupakan tahun paling banyak berlakunya pembunuhan dalam tempoh dua dekad, dan permulaan 2018 nampaknya tidak menunjukkan sebarang tanda keadaan itu akan berakhir.


Pada Ahad, kejadian tembakan melibatkan orang awam dan anggota pasukan keselamatan di pinggir bandar Acapulco di La Concepcion mengakibatkan 11 terbunuh, manakala enam lagi maut dalam kejadian tembak-menembak di sebuah ladang di barat negeri Colima.

Sementara itu, 32 kematian dilaporkan di negeri di sempadan Chihuahua utara. – BERNAMA-NNN-EFE

Kategori