Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Majlis Syura PAS Kekal...

Majlis Syura Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS) mengekalkan hukuman penggantungan keahlian terhadap dua...

Iktiraf UEC Niat Jahat...

KUALA LUMPUR - "Saya melihatnya sebagai sebahagian daripada niat jahat beberapa parti politik...

DNA ‘Lelaki Y’ Dalam...

PUTRAJAYA -- Profil DNA "Lelaki Y" yang terdapat dalam rektum Mohd Saiful Bukhari...

Wanita Beranak Atas Motosikal,...

China – Ngeri mendengar cerita wanita ini. Bayangkan dia yang dikenali sebagai Qi...

Lelaki Bunuh Perompak Rumahnya Dibebaskan

JOHOR BAHRU – Mangsa samun yang menikam lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, pada 3 Januari lepas, dibebaskan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata pembebasan dibuat selepas polis mendapat arahan NFA (tiada tindakan lanjut) daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Sebelum itu, kes tersebut yang disiasat secara bersama mengikut Seksyen 302 dan 99 Kanun Keseksaan, telah pun dirujuk kepada ketua Unit Jenayah Berat (Bahagian Pendakwaan) Jabatan Peguam Negara, Saiful Edris Zainuddin di Putrajaya.

“Lelaki (pemilik rumah) yang ditahan sudah dibebaskan pada 8 Januari lalu dan tiada pendakwaan yang dilakukan,” kata Shahurinain dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.45 petang Rabu itu, seorang lelaki yang dipercayai pencuri ditemukan mati dalam keadaan terbaring akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

Sebelum itu, lelaki itu dikatakan memasuki rumah berkenaan melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum bertindak memecahkan pintu bilik utama.


Dia kemudian turut mengugut pemilik rumah dengan menggunakan pemutar skru agar menyerahkan barangan berharga, selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah berkenaan serta memaksa mangsa membuka pintu dapur untuk melarikan diri.

Namun, ketika hendak melarikan diri, pemilik rumah dilaporkan sempat mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter dan mengarahkan pencuri memulangkan semula barangan miliknya tetapi dia enggan lalu berlaku pergelutan di antara mereka. — BERNAMA

Kategori