Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

47 Lagi Maut Akibat...

BEIJING - China melaporkan 47 lagi kematian akibat Covid-19, sekali gus meningkatkan jumlah...

Enakmen Pusat Hiburan Perak...

IPOH - Kerajaan negeri akan meminda Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Perak 1997...

Padah Makan Daging Lembu...

CAPE TOWN - Seramai 60 penduduk sebuah kampung di Afrika Selatan dirawat di...

Zuraida Mohon Bercuti Dari...

AMPANG - Zuraida Kamaruddin menyerahkan permohonan bercuti daripada menjalankan tugas naib presiden PKR...

Lelaki Ditemui Lemas Ketika Meninjau Banjir

BEAUFORT – Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai, ketika meninjau rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Simanja, Dungau, Membakut, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam itu, mangsa, Ongi Ona, 66, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke anak sungai dan gagal menyelamatkan diri kerana tidak tahu berenang.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Azmir Abd Razak, berkata siasatan awal mendapati sebelum ini mangsa, isteri dan semua ahli keluarganya tinggal di sebuah lagi rumah mereka, di Kampung Tahak yang tidak terbabit dengan banjir.

“Mangsa dipercayai pergi ke kampung itu untuk melihat rumah keduanya bagi meninjau keadaan selepas banjir mula surut, semalam.

“Bagaimanapun, anak mangsa bernama Afandy yang kebetulan turut meninjau di kawasan sama terlihat kejadian itu dan mendapati mangsa tersangkut di tepi anak sungai dalam keadaan kaku disyaki lemas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Azmir berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

“Setakat ini, laporan awal kes dikategorikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut mengenai kejadian terbabit masih dijalankan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori