Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tangguh PLKN Tak Jejas...

Dalam perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, salah...

Lagi Individu Dikesan Sindiket...

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia akan menahan beberapa lagi individu yang disyaki...

670 Bakal Mahasiswa Terima...

KEMAMAN - Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun dan Kemaman menerima bantuan...

Harga Minyak Naik, Tapi...

Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia...

Lelaki Maut Disedut Mesin MRI Di India

NEW DELHI – Seorang lelaki yang menemani pesakit di sebuah hospital di India, meninggal dunia selepas disedut mesin pengimejan resonans magnetik (MRI).

Mangsa, dikenal pasti sebagai Rajesh Maru, berusia 32 tahun dan ketika kejadian mangsa sedang memegang tabung oksigen sebelum ditarik ke dalam mesin MRI disebabkan kekuatan magnet.

Keluarga mangsa menuduh kakitangan hospital yang terletak di Mumbai itu cuai, kerana meminta Maru membawa tabung berkenaan masuk ke dalam bilik pengimbasan.

Maru ditarik selepas tangannya tersangkut di antara pengimbas dan tabung oksigen selain tersedut cecair oksigen disebabkan kebocoran pada tabung tersebut.

“Saya dan kakkitangan wad berjaya menariknya tetapi jarinya mengalami kecederaan parah. Selepas ditarik mangsa tidak sedarkan diri dan segera dihantar ke pusat trauma namun gagal diselamatkan,” kata Harish Solanki, abang ipar mangsa kepada media tempatan. Kejadian berlaku pada Sabtu.

Pesakit telah diperiksa dengan teliti untuk memastikan tiada sebarang objek logam seperti barang kemas, tali pinggang dan duit syiling sebelum prosedur MRI dilakukan.


Tambah Solanki, menurut kakitangan Hospital Amal BYL Nair pesakit itu memerlukan oksigen.

Maru menemani saudaranya yang dijadual akan menjalani ujian di bilik MRI apabila kemalangan itu berlaku. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori