Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK...

EKONOMI Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 berbanding...

2 Lelaki Ditahan Menyamun,...

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan selepas menyamun sepasang suami isteri warga Indonesia...

‘Raja Dadah’ Seperti Pablo...

Mereka semakain berkuasa dengan polis dan pihak berkuasa kini menjadi hamba kepada para pengedar dadah.

Pusat Anak Yatim, Tahfiz...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua rumah...

Lelaki Nepal Curi Arak Dipenjara Tiga Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan warga Nepal hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dua botol arak bernilai RM132.00, di sebuah pasar raya, bulan lepas.

Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman itu ke atas Bishwa Suberdi, 44, kerana mencuri dua botol minuman keras jenama Jacob’s Creek Shiraz Rose di pasar raya Aeon AU2, Setiawangsa, di sini, pukul 3.56 petang, 22 Disember lepas.

Bapa dua anak itu dakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang seterusnya hendaklah dihukum dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Lelaki itu turut dipenjara tiga bulan kerana didapati tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan oleh pihak Imigresen Malaysia.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di perkarangan kawasan Balai Polis Jalan Tun Razak di dalam daerah Wangsa Maju, pukul 5 petang, pada 22 Disember lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duannya.

Mahkamah memerintahkan Bishwa menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 22 Disember lalu.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai dua orang anak manakala Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori