Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

QZ8501 : Ada Mayat...

SELAT KARIMATA (Indonesia) : Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia...

Saya Gembira Shahrul Akan...

GARA-GARA penangan drama Hati Perempuan, hero dan heroinnya Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad...

Annuar Tak Hasrat Sambung...

KUALA BERANG – Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi...

Anggota Polis Perlu jauhi...

KUALA TERENGGANU - Pegawai dan anggota polis Terengganu diingatkan agar tidak terlibat dengan...

“Lelaki Patut Lindung Wanita, Bukan Guna Kekerasan”

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah rakaman yang menyaksikan seorang lelaki menampar seorang wanita di khalayak ramai kerana tidak bertudung.

Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit dikatakan mengherdik sebelum bertindak kasar menampar wanita terbabit yang juga dipercayai warga asing.

Baca: Gila… Lelaki Tegur Warga Asing Tak Pakai Tudung

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang itu bukan sahaja tular dalam kalangan netizen di Malaysia malah turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Ekoran itu, video itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen malah rakan artis juga turut menentang perbuatan tidak bermoral itu termasuklah pelakon, Neelofa.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu dilihat meluahkan rasa kesal dan kecewa berhubung tindakan yang tidak bermoral lelaki tersebut menerusi satu posting di laman Instagram miliknya pada Selasa.

“Adakah ini caranya kita mahu Islam dan Malaysia dilihat oleh orang luar?

“Lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan menggunakan cara kekerasan,” kata pengasas Naelofar Hijab itu menerusi posting tersebut.


So, this is on a UK news portal. Is this how we want other non-Muslim countries to see us? Muslim Malaysians in this light? Is this how we want to potray Islam and Malaysia towards other people? We want people to know that Islam is a religion that is beautiful, that is tolerating and respectful and when things like this happen, perceptions are changed and Islam gets a bad rep. And ladies, when things like this happen to you, to your loved ones, you have to stand up, don’t let people like this belittle you and treat you inhumanely. And guys, please, don’t do this to other women. Guys should be protecting women, not using violence in any ways, especially not like this. I hope this is a lesson for all of us to learn from, we have to be better than this. No religion in the world teaches their followers to use violence, definitely not in Islam. There is a better, beautiful way to preach and going around hitting people is DEFINITELY NOT THE WAY.

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Perkongsian berkenaan ternyata menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang mana rata-rata menyokong apa yang dikatakan oleh usahawan itu.

Sehingga kini, perkongsian Neelofa itu dilihat telah meraih lebih daripada 40,000 likes dan terus menjadi perhatian netizen di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM 

Kategori