Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kajian Naikkan Kadar Minimum...

KUALA LUMPUR : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung perancangan...

Pemuda PKR Bantah Potongan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Mayat Nelayan Bot Karam...

GEORGE TOWN - Mayat seorang nelayan yang sebelum ini dikhuatiri lemas apabila bot...

PAS Akan Teruskan Rancangan...

KUALA LUMPUR - PAS akan tetap meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di...

Didenda RM2,000 Sebab Tampar Jaga Warga Nepal

PETALING JAYA – Seorang pegawai pengawalan kredit didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menampar muka seorang pengawal keselamatan warga Nepal di sebuah pangsapuri, dekat sini, Ahad lalu.

Majistret Nur Shahirah Abdul Salim, yang membuat keputusan itu terhadap Mohammed Hafiz Mohamed Fadzil, 31, turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa menampar pipi kiri Sambar Lama di pondok pengawal Pangsapuri Mentari Court, Jalan PJS8/9, Sungei Way, di sini, pada jam 9.20 malam, 21 Jan lalu,

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa, yang bertugas di pintu masuk utama pangsapuri itu, telah mengarahkan tertuduh mendaftar di pondok pengawal sebelum memasuki kawasan pangsapuri tersebut tetapi tertuduh enggan berbuat demikian sebelum menampar mangsa.


Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda minimum atas alasan dia baru sahaja bekerja dan perlu mananggung isteri dan tiga orang anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori