Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Tak Mengapalah Dia Nak...

KUALA LUMPUR - "Tak mengapalah dia nak pergi..usaha kita tetap teruskan," kata penaja...

Pengguna Tidak Perlu Bimbang...

KOTA KINABALU - Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di...

Ahli Parlimen BN Sokong...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara...

Lelaki `Rogol’ Ayam Kerana...

HANYA kerana takut untuk memikat perempuan disebabkan miskin, seorang remaja, Kevin Simiyi sanggup...

Lelaki Terselamat Kereta Terbakar

NILAI – Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar 100 peratus di Kilometer 43.6, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara di sini, malam tadi.

Ng Khoon Lim, 36, yang dalam perjalanan dari arah Nilai ke sebuah pusat beli belah di Sepang, Selangor, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu berjaya keluar selepas mendapati sistem kereta Honda CRV dipandunya tidak berfungsi selain terhidu bau asap, lalu menghubungi talian kecemasan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 malam.

Katanya, seramai 16 anggota dan dua jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiba di lokasi pada jam 10.40 malam.


“Sebaik tiba kita mendapati kereta itu sedang terbakar di laluan kecemasan dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memadamkan kebakaran itu sepenuhnya,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Syazwan berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya. – BH ONLINE

Kategori