Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Malaga, menjadikan kelab itu hampir...

Tahanan Mati: Tiada Hak...

PUTRAJAYA - Keluarga orang yang meninggal dunia semasa dalam tahanan tidak mempunyai hak...

Cabul: Penjara 15 Bulan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 bulan dan...

Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman...

Kerajaan setuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Letak Anak Atas Sejadah Masa Solat, Jovian Dikritik?

DATUK Jovian Mandagie adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi apabila bercerita mengenai pereka cukup popular dengan rekaan menarik dalam menyerlahkan kejelitaan wanita.

Namun, nama pereka fesyen busana ini sedikit tercalar selepas sekeping gambar menyaksikan tindakan beliau meletakkan puteri sulungnya di atas sejadah ketika menunaikan solat menjadi tular menerusi media sosial.

Perkongsian yang dimuat dimuat naik oleh isterinya, Nina Ismail Sabri itu secara tidak langsung telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.

Difahamkan insiden bermula apabila seorang netizen dilihat mempersoal tindakan pasangan itu yang sengaja letak anak kecil tersebut di atas sejadah kerana beranggapan ia akan menyukarkan lagi pergerakan dalam solat Jovian.

“Nak tanya, apa motif letak baby tu dekat sejadah ayah dia time solat? Tak ke itu menyukarkan ayah dia untuk sujud? Apahal yang gambar tu pun tak alihkan? Bodoh ke apa?” soalnya..

Bagaimanapun, perkara kecil tersebut kemudiannya menimbulkan perbalahan besar antara pengikut melalui laman sosial berkenaan.

Rata-rata netizen dilihat meminta agar netizen menjaga adab dalam menegur dan mempelajari lebih berhubung ilmu agama.


Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus mendapat perhatian dan menjadi perbualan dalam kalangan netizen.

Hmm… Bagaimana pula pandangan anda? – MYNEWSHUB.CC/AM

*Video sekadar hiasan…

Kategori