Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

255 Jemaah Haji Tajaan...

SEPANG - Seramai 255 jemaah haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selamat...

Bunuh Anak Tiri: Pengawal...

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Bekas Tentera Didenda RM10K...

MELAKA - Seorang bekas tentera didenda RM10,000 atau dua bulan penjara selain dikenakan...

Lelaki Amuk Di Labuan...

LABUAN - Seorang lelaki yang mengamuk hingga mencederakan isteri dan anak lelakinya dengan...

Mahathir Dakwa Rakyat Malaysia Puak Jahiliah?

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat yang anggap Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak lebih daripada pemilihan antara Pepsi Cola dan Coca Cola sebagai puak jahiliah.

Beliau yang juga calon Perdana Menteri Pakatan Harapan menegaskan mana-mana rakyat Malaysia yang tergolong dalam pemikiran seperti itu adalah mereka yang tidak akan maju kerana tidak mampu untuk berfikir.

“Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah. Jika kita tergolong dalam puak ini tak mungkin kita bezakan antara yang bertanding dan mustahil kita akan maju.

“Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam PRU14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca pun kita tak dapat, apatah lagi antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mahathir mengingatkan Allah S.W.T berkali-kali berfirman dalam Al-Quran yang menyentuh tentang daya fikir manusia dan maju mundur sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir mereka.

“Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak faham dan tidak percaya. Ayat menyoal, tidakkah kamu berfikir, mengguna akal fikiran,” kata tokoh antikerajaan berusia hampir 93 tahun itu.


Rata-rata penyokong Pakatan Harapan kesal dengan pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri pembangkang, justeru menyifatkan PRU14 kali ini umpama memilih antara Pepsi Cola dengan Coca Cola.

Sehubungan itu, ramai penyokong pakatan pembangkang menyatakan pendirian mereka untuk tidak mengundi dalam PRU14 bagi menyatakan ketegasan mereka dalam menentang Mahathir selama ini.

Mahathir dilabelkan sebagai mahafiraun, mahazalim dan diktator oleh penyokong tegar pembangkang sejak era Reformasi berpuluh-puluh tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori