Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kelakar.. Mangsa Sabotaj...

INILAH akibatnya jika meletakkan kepercayaan yang mendalam terhadap rakan-rakan.Video memaparkan seorang lelaki sedang melakukan...

Reaksi Malu Elfira Bila...

SEMENJAK kisah keakraban diketahui umum, penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy sering kali...

Usul Insiden Penculikan Di...

KUALA LUMPUR - Usul mengenai insiden penculikan empat rakyat Malaysia oleh lanun bersenjata...

Kejayaan Sukan SEA: Letusan...

Malaysia di pentas sukan antarabangsa bukanlah sekadar tempelan mahupun picisan sahaja kerana terbukti...

Mahathir Hina Graduan Berniaga Jual Nasi Lemak

CELUPAR… Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir Mohamad tergamak menghina graduan universiti yang menganggur cuba berniaga nasi lemak.

Menerusi siaran sesi ucapan video beliau setiap Rabu yang dirakamkan dari Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Mahathir mendakwa tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak.

Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu dengan biadab turut menghina bekas penuntut institusi pengajian tinggi yang memilih kerjaya sebagai pemandu Uber menjadi punca rezeki mereka selepas tamat belajar.

Memetik laporan portal berita propembangkang yang merujuk situasi itu sebagai gejala berbanding budaya baharu, Mahathir berkata pekerjaan yang dilakukan graduan tersebut menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi.

Mantan perdana menteri selama 22 tahun yang pernah dikutuk pembangkang sebagai diktator itu berkata, dua kerja tersebut menunjukkan mereka tidak cukup upah dan bukan kerana berkembangnya semangat keusahawanan.

Bercakap dalam sesi soal jawab bervideo menerusi laman Facebook, Mahathir mendakwa konon perkembangan semasa itu menunjukkan pihak kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menyediakan peluang kerja yang sepadan.

“Lepasan universiti memiliki kemahiran tinggi tetapi tiada peluang pekerjaan sesuai. Jika kita mahu jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang ajar bagaimana cara berniaga nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu,” sindirnya.

Baca: Bukan Mansuh, Malah Mahu Tetap Ada Tol Lebuh Raya

Mahathir dengan nada sinis mendakwa: “Ia memalukan apabila graduan pula terpaksa jual nasi lemak atau memandu Uber. Ia menunjukkan kerajaan sendiri gagal menyesuaikan bidang kemahiran [graduan] dengan peluang kerja.”


Pandangan biadab beliau itu namun dibidas golongan peniaga kecil dan Mahathir tidak sepatutnya perlekeh usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak.

Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pudu Kuala Lumpur, Jeff Tan Ker Chiang berkata, ramai berjaya menjana pendapatan lumayan malah pengalaman berniaga makanan kecil itu mengajar mereka lebih berdikari.

“Graduan universiti yang jual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan kerana mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk cari rezeki tanpa menyusahkan sesiapa pun atau terlibat kegiatan jenayah.

“Perkara ini adalah yang bagus bahkan memupuk sikap graduan untuk berani ceburi bidang perniagaan bermula dari peringkat kecil sebelum akhirnya mampu membuatkan mereka jana pendapatan besar sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Di Perancis ada pelajar Malaysia jual nasi lemak sebungkus 10 euro (RM48) manakala di Britain pula £5.50 sepinggan (RM29). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf global. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak?

Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Uber tetapi sudah jadi jutawan. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz 128 syarikat, aset RM540 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori