Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pengantin Lemas Dalam Air...

KERANA terlalu gembira, seorang pengantin perempuan membuat keputusan `bijak’ untuk terjun ke dalam...

Wanita Cedera Dalam Insiden...

Wanita yang cedera dalam kejadian pembunuhan membabitkan lapan orang kanak-kanak itu kini didakwa...

Lebih 29,000 Dapat Pekerjaan...

TAWAU - Pelbagai program yang dilaksana kerajaan negeri berjaya membantu 29,453 rakyat Sabah...

ESSCOM Patah 15 Cubaan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan 15...

“Mahathir Melampau Tapi Saya Maafkan” – Abdul Hadi

BALAS BALIK… Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulangkan paku buah keras terhadap serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyifatkan be­kas Perdana Menteri itu sudah melampau.

Ini ekoran tindakan celupar Mahathir, 92, apabila tergamak melabel beliau sebagai peng­khianat kepada pakatan pembangkang hanya di­sebabkan Presiden PAS itu me­ngadakan kerjasama dengan UMNO dalam beberapa isu.

Namun, meskipun mengakui tohmahan jahat yang dilemparkan Mahathir itu adalah berat, Abdul Hadi tetap memaafkan Pengerusi PPBM sambil mengharapkannya insaf atas keterlanjuran perbuatannya.

“Dia orang tua dah. Biar dia insaf sendirilah. Memang dia sudah melampau. Tapi biar dia fikir dan duduk ‘sorang-sorang’, dia kena baca banyak buku. Tapi jangan pula baca buku perubatan saja, buku (agama) Islam pun kena baca.

“Saya biarkan dia insaf dan mudah-mudahan dia akan insaf. Antara saya dengan dia, saya maafkan. (Tetapi) antara dia dengan Tuhan, dia kena taubat,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu ketika ditemui selepas me­nyempurnakan majlis Pelancaran Markas Besar PRU-14 N20 Pengkalan Berangan dekat Marang malam kelmarin.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Dr. Alias Razak; Timbalan Pesuruhjaya II, Yahaya Ali dan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Beliau mengulas serangan terbaharu Mahathir yang melabelkan Abdul Hadi sebagai pengkhianat hanya ke­rana bekerjasama dengan UMNO apabila menyertai beberapa perhimpunan berkaitan isu Islam, Palestin dan Rohingya.

Dalam sidang akhbar di Putrajaya kelmarin itu, bekas Perdana Menteri itu juga menuduh Abdul Hadi konon hanya memperalatkan Islam ke­rana pernah mendakwa kerajaan diterajui UMNO sebagai kafir dan perlu ditentang.


Abdul Hadi seterusnya tidak menafikan bekas pemimpin nombor satu negara itu sudah sema­kin terdesak dengan sanggup melakukan perkara yang akhir­nya mengundang padah kepada diri sendiri.

“Dia memang terdesak, sudah rapat ke dinding dan dia dah tak boleh pergi dah. Maka kalau dia rempuh dinding itu dan tidak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jadi, janganlah pecahkan kepala sendiri,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Rhu Rendang itu tidak mahu mengulas lanjut berhu­bung isu Amanat Hadi yang kini dibangkitkan kembali oleh Mahathir.

“Saya dah tulis buku dan buku dicetak beberapa kali. Jadi, saya tak mahu ulang balik, rujuk buku itu sudah cukup,” tambahnya.

Mengulas mengenai Datuk Mahfuz Omar keluar daripada PAS, Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebenarnya sudah lama ‘meninggalkan PAS’.

“Dia dah lama keluar (tinggalkan PAS). Ibarat orang mati lama dah tapi baru tanam,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori