Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Industri Inap Desa Raih...

TEMERLOH - Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan...

‘Mama Hantar Dia Sampai...

KANGAR: "Dia cakap dengan mama yang dia hendak keluar pergi ke kedai dan...

Bantu Kerajaan Jayakan Program...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia perlu membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan...

Jurangan Warga India Dikhuatiri...

MIRI - Seorang juragan warga India dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari bot tunda...

Mahathir Sekali Lagi Anggap Haram Haji Guna Duit 1MDB

TIDAK SERIK… Meskipun ditegur beberapa mufti negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi membuktikan dirinya lebih hebat berbanding ulama apabila mampu persoal ibadah seseorang.

Terbaharu menerusi catatan bertajuk Halal Haram dalam laman blog beliau iaitu Chedet pada Selasa, pemimpin pembangkang tu mengulangi kenyataan mengenai isu haram haji tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir dengan selamba memutar belit isu berkenaan apabila mendakwa kononnya wang tajaan daripada sayap pelaburan kerajaan itu sebagai duit curi yang cuba dihalalkan setelah diubah untuk kegunaan ibadah haji pula.

Jika kita tidak tahu duit itu dicuri, salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji,” soal Mahathir yang cuba hasut pembaca blog beliau itu.

Artikel terbaharu itu sekali lagi menyerlahkan kebiadaban tokoh Pakatan Harapan berusia 92 tahun berkenaan terdesak eksploitasi isu agama dengan menjatuhkan hukum sendiri atas perkara yang sudah dijelas berulang kali.

Umum mengetahui 1MDB menjalankan operasi bisnes sah, dalam sektor jana tenaga dan terkini, pembangunan hartanah sekali gus memastikan tarif elektrik kekal stabil selain projek ikonik Tun Razak Exchange di ibu negara.

Menerusi kenyataan 1MDB pada 11 Januari lalu menjelaskan dana operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan untuk menaja program khas haji dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain.

Baca: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

Juga: Haram Gaji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Belai Anjing

Ia merupakan respons pertama 1MDB selepas Mahathir yang ketandusan bahan modal politik terpaksa mendakwa konon ibadat haji dibiayai dana syarikat itu tidak boleh dianggap ‘mabrur’ kerana ia wang rakyat ‘dicuri’ kerajaan.

Menurut 1MDB, selain program khas haji, ia menaja geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); dana akademik murid miskin calon Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia waima Klinik Bergerak 1Malaysia.


“Sejak ditubuhkan pada 2010 sehingga kini, Yayasan 1MDB menaja RM690 juta melalui 60 projek pendidikan, rawatan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat, yang beri impak kehidupan 2.8 juta rakyat.”

Sebelum ini, Mahathir dalam ceramah di Kedah pada 19 Januari lalu menyifatkan ribuan jemaah haji yang kurang mampu dipilih menerima tajaan 1MDB sejak lima tahun lepas sebagai tidak diterima amalan mereka oleh agama.

Pandangan sempit beliau itu ditolak keras oleh beberapa mufti tempatan termasuk Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (Pahang), Datuk Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan) dan Tan Sri Harussani Zakaria (Perak).

Menyedari kenyataan itu turut dibantah ramai ulama, Mahathir memutar belit isu tersebut dengan mendakwa golongan agama yang konon terpaksa menyokong kerajaan untuk menjaga kepentingan diri masing-masing.

“Saya harap saya tidak dinasihat supaya jangan tanya. Saya dengar banyak tazkirah oleh ‘ulama’ tetapi soal yang saya keliru ini tidak pernah disentuh melainkan orang tertentu yang ada kepentingan lain dari agama Islam,” tulisnya.

Untuk rekod, Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahan sebagai perdana menteri dahulu tidak memiliki hubungan baik dengan institusi agama malah ada mufti dipecat kerana tidak sependapat dengan beliau. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori