Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Video Pelajar Dilanggar Mati:...

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Caprice memberi keterangan kepada polis berkenaan video dimuat...

BNM Nafi Ringgit Jatuh...

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar AS...

Muhyiddin Umum Senarai Kabinet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di-Pertuan...

Masjid, Surau Di Selangor...

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau...

Mahathir Zalim Punca Mufti Takut Bersuara Isu Memali

BONGKAR… Mufti di negara ini tidak bersuara halang tragedi Memali 1985 kerana berlaku campur tangan politik pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Cerita tersebut didedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil berkata, pada waktu itu, langsung tiada pemisahan kuasa dan berlaku campur tangan politik dalam hal ehwal pentadbiran negara termasuk isu agama.

Malah ujarnya, pada zaman ber­kenaan juga, bukan sekadar mufti tidak boleh bersuara, sebaliknya ketua hakim negara dipecat selain ketua polis negara turut tidak boleh bertindak dengan tepat kerana diganggu ‘tangan ghaib’.

“Mufti pun dia (Mahathir) nak paksa, hendak bercakap pun terpaksa diam pada masa itu. Lebih selamat. Itulah suasana pada masa itu,” kata­ Abdul Hadi dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam.

Beliau mengulas kenyataan biadab Mahathir, 92, pada perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin yang menyalahkan mufti konon tidak berani menghalang peristiwa berdarah Memali berlaku pada 1985.

Mahathir sebaliknya berdalih, mufti sepatutnya bersuara bagi menentang ucapan Abdul Hadi yang dikenali Amanat Haji Hadi yang didakwa bertanggungjawab kepada insiden Memali yang mengorbankan 18 nya­wa termasuk polis.


Amanat Haji Hadi merujuk ucapan Abdul Hadi yang disebar luas dalam kalangan ahli PAS pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ketika itu Abdul Hadi merupakan Ketua PAS Terengganu.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi, Mahathir tidak wajar me­metik hanya beberapa petikan di dalam amanat yang diberikan pada waktu tersebut sebaliknya melihat isu amanat berkenaan secara konteks sepenuhnya.

“Memetik ucapan tanpa ambil penjelasan adalah satu tindakan salah. Ini kerana semata-mata kepentingan politik,” katanya kesal merujuk Mahathir cuba perlekeh mufti ketika tragedi Memali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori