Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Bimbang Hujan Cetus...

HULU SELANGOR - Penduduk Taman Idaman, Serendah bimbang kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh...

Tun Mahathir, Berhentilah Mereka...

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Perdana Menteri Tun Dr...

Misteri Tulang Berselerak Bongkar...

KOTA BHARU - Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini...

Najib Tiba Di Peru...

LIMA (Peru) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu...

MAHB Laksana Inisiatif Tambah Baik Di KLIA

KUALA LUMPUR – Beberapa inisiatif penambahbaikan sedang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun ini bagi menampung peningkatan jumlah penumpang, kata Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini.

Inisiatif ini dilakukan bagi menambah baik ranking global KLIA, selain meningkatkan tahap perkhidmatan secara menyeluruh kepada pemegang kepentingan utama – pengguna lapangan terbang.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata operator lapangan terbang itu memulakan tahun ini dengan melaskanakan bebrapa inisiatif yang mendapat pujian segera dan positif daripada orang ramai dan ‘netizens’.

Ini termasuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dengan membuka lebih banyak kaunter semasa waktu puncak bagi mengurangkan barisan serta menguatkuasakan langkah-langkah ketat bagi mengurangkan kesesakan di lorong mengambil dan menurunkan penumpang.

“ Kami akan berkongsi maklumat terkini kemajuan projek jangka panjang secara berkala seperti pembaikan aerotren, penilaian ke atas landasan terbang serta kerja-kerja penyelenggaraan dan peluasan lapangan=lapangan terbang lain supaya orang ramai mendapatkan maklumat mengenai perkembangannya,” kata Badlisham dalam satu kenyataan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori