Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Kena Ambil Cakna...

BANGI - Kerajaan Kelantan tidak menunjukkan tanda positif mengambil cakna kajian dan dapatan...

3,631 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,631 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan...

Lagi Mayat Ditemui Dalam...

PATTANI - Pihak berkuasa Thailand menemui satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang...

Gambar Ini Bukti Besarnya...

"KASIH ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa."Tiada siapa boleh menafikan mahupun...

Mahkamah Kekal Hukum Penjara, Denda Anggota Polis

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen terhadap seorang anggota polis atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM150 pada 2012.

Hakim Chan Jit Li dalam penghakimannya berkata mahkamah menolak rayuan Koperal Sazali Hashim, 58, dan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun serta denda RM20,000 bagi kedua-dua kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi dituduh meminta suapan RM150 daripada Mohd Asri Bulat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Asri kerana memiliki air ketum dan bagi memulangkan kad pengenalannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa sekatan jalan raya di Jalan Batu Asah, Langkawi antara 11 pagi hingga 12 tengah hari pada 18 Okt 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Sazali didakwa memperoleh suapan RM150 itu daripada Mohd Asri atas dorongan serupa di Restoran Selihah Seafood di Langkawi kira-kira 7 malam pada 18 Okt 2012.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.

Pada 24 Julai 2016, Hakim Azhar Mokhtar menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM10,000 bagi setiap satu pertuduhan itu terhadap Sazali dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara serentak bermula pada hari berkenaan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A.Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Naran Singh. – BERNAMA

Kategori