Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peminat Iceland Ketawa Terbahak-Bahak...

SEORANG peminat pasukan Iceland dirakam ketawa terbahak-bahak di dalam sebuah kereta api setelah...

Tangki Minyak Bergolek Rempuh...

BERUAS - Sebuah tangki minyak terjatuh daripada treler yang mengangkutnya lalu bergolek di...

Laluan Kuala Terengganu ByPass...

Kuala Terenggganu : Projek Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu ByPass) yang membabitkan...

Lelaki Ditemui Mati Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam...

Mahu Berjaya, Kegagalan Buat Haqiem Lebih Dewasa

BAKAT besar yang dimiliki oleh penyanyi remaja Haqiem Rusli membuatkan ramai tidak tahu kisah kepayahan hidupnya sebelum mencipta nama sebagai anak seni.

Baca: Haqiem Rusli Beli ‘Lancer’ Hasil Titik Peluh Sendiri

Haqiem, 20, kini boleh dikatakan layak untuk berdiri sebaris dengan penyanyi lain yang sudah popular dengan lagu ‘berhantu’ mereka.

“Kalau hendak dikenang perjalanan seni serta percubaan saya untuk menempatkan diri dalam dunia muzik, memang panjang ceritanya.

“Namun dipendekkan cerita, saya menyertai banyak pertandingan nyanyian, sejak belasan tahun hinggalah ke usia remaja,” katanya dipetik daripada BH Online.

Namun disebalik kejayaannya pada masa kini, tersembunyi banyak kisah pahit getir yang mana dia perlu melalui fasa kehidupan susah dengan tidak berduit serta ditinggalkan oleh rakan serta kekasihnya.

Bakatnya mula bersinar selepas menyertai pertandingan Idola Kecil Musm Pertama dan segalanya mula berubah sejak pertengahan tahun 2016 lalu apabila dia muncul dengan single pertamanya bertajuk Segalanya.

“Masuk Mentor Milenia pun tersingkir pada minggu pertama. Jika diingat semula semua itu, ia memang bukan laluan mudah.

“Kenangan ketika saya belum mendapat single Segalanya juga sedih. Waktu itu, saya tak ada duit, gaya pun selekeh dan pada satu tahap ditinggalkan kawan serta kekasih.

“Saya memang down saat itu. Impian hendak sambung belajar ke institusi pengajian tinggi pun tak kesampaian,” ujarnya lagi.

Kini Haqiem bukan sahaja bergelar sebagai penyanyi malah menjadi komposer dan antara lagu yang telah diciptakannya turut dinyanyikan oleh penyanyi lain.

Antaranya lagu Pesan (Irfan Haris), Tersiksa (Putera Band), Aku sendiri (Sufi Rashid) dan banyak lagi bahkan dia turut menulis lagu untuk dirinya sendiri.

“Saya pernah dimaki kerana salah buat aiskrim. Seterusnya, saya menerima panggilan daripada FMC Music untuk projek seni. Macam-macam saya tempuh dulu. Tetapi, kesusahan lalu dan kesenangan kini takkan ubah diri saya.


“Saya sangat bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diterima sekarang dan terima kasih Tuhan atas segala-galanya,” katanya yang juga pernah bekerja di sebuah syarikat aiskrim terkenal selama dua minggu sahaja.

Dalam masa yang sama, sekitar Jun hadapan, bekas naib juara rancangan Idola Kecil  itu turut bakal tampil sekali lagi dengan single kempatnya.

“Ketika mula-mula merakamkan lagu Jatuh Bangun, saya takut juga kerana konsepnya diubah. Saya bimbang orang tak boleh terima lagu saya yang berentak rancak.

“Alhamdulillah, sambutan diberikan adalah menggalakkan. Jatuh Bangun sendiri ada kaitannya dengan hidup saya, selain mempunyai unsur nasihat.

“Waktu seseorang jatuh, ada yang rapat dengan kita hilang. Begitulah sebaliknya. Begitupun, bagi single keempat nanti, saya memasang strategi untuk kembali kepada rentak balada.

“Saya juga boleh janjikan, single keempat akan lebih baik daripada Tergantung Sepi. Bukan terlebih yakin dan hendak berlagak, tetapi insya-Allah, saya optimis lagu itu boleh pergi jauh kerana ia juga ciptaan sendiri,” ujarnya lagi.

Selain itu, Haqiem turut tercalon bagi berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 menerusi lagu keduanya, Tergantung Sepi hasil ciptaan Gouffran dan Ibnu.

Tahniah dan selamat diucapkan kepada penyanyi berbakat besar ini. Setiap kegagalan pasti akan berakhir dengan kejayaan yang tidak disangkakan! – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori