Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjara 9 Tahun, Denda...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara sembilan...

Suasana PRU14 Beri Ilham...

IPOH - Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid antara beberapa karyawan kelahiran Perak tidak...

RCI Forex: Anwar, Mahathir...

KUALA LUMPUR - Nama-nama yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan dalam kes kemungkinan...

Populariti Hamas Meningkat Di...

TINJAUAN terbaru Pusat Kajian Dasar dan Survei (PSR) mendapati ada peningkatan signifikan sokongan...

Majikan UAE Ini Hadiahkan Amah Filipina Sebuah Rumah

TERKESIMA… Seorang pembantu rumah warga Filipina seolah-olah masih tidak percaya bahawa majikannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghadiahkan beliau sebuah rumah yang siap dihias.

Malah majikan tersebut, Melissa McPike, mendedahkan kepada agensi berita Al ArabiyaĀ apakah sebab beliau bermurah hari dengan memberikan hadiah itu untuk pembantu rumah buat sekian lamanya, Dina Tenerife Celo.

“Keperibadian Dina menyerlah dari hari pertama bekerja. Dia bahkan amat jujur dan rendah diri,” kata wanita tersebut yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) yang sudah puluhan tahun menetap di Abu Dhabi, UAE.

Hadiah tersebut pada awalnya dirancang dalam berbentuk wang tunaiĀ 317,495 peso (RM24,658) yang membolehkan Dina untuk dapat membeli sebidang tanah di kampung halamannya sendiri di Camarines Sur, Filipina.

McPike yang telah tinggal di UAE selama 26 tahun mempunyai dua anak lelaki iaitu Saed dan Seif Al Muhairi.Ā Anak sulungnya, Saed, akan menemankan Dina balik ke Filipina untuk menyelia urusan pembinaan rumah tersebut.

Pemuda yang berusia 26 tahun itu bahkan dipetik Al Arabiya juga memastikan Dina untuk bijak dalam merancang dan menggunakan sumber-sumber yang dihadiahkan kepada beliau dengan sepenuhnya.

“Dina amat terharu dan berasa ini pemberian ini terlalu murah hati. Beliau sering mengatakan ‘Jangan, ini terlalu banyak’,” kata McPike malahan sejumlah 207,048 pesoĀ (RM16,080) juga disalurkan oleh Saed kepada akaun Dina.


“Ini untuk membiayai pelbagai kos tambahan. Kami tidak mahu dia hanya dapat membina separuh rumah sahaja, kami ingin memberikannya sebuah rumah yang secukupnya dan selesa untuk keluarganya tinggal,” jelas Saed.

“Saya sudah berikan Dina beberapa hadiah sebelum ini, daripada wang tunai ke beg tangan, semuanya diberikan kepada keluarganya. Tetapi kali ini beliau terpaksa menggunakannya untuk dirinya sendiri,” terang McPike pula.

Menurut Dina, impian buat warga Filipina menetap di kampung adalah untuk menghuni sebuah rumah yang diperbuat daripada simen berbanding kelaziman mereka menggunakan papan kerana faktor kekangan kewangan.

Dina diambil sebagai amah ketika Saed dan Seif masing-masing berusia enam dan empat tahun. Meskipun Dina terpaksa berpisah dengan majikannya itu atas syarat tajaan, dia akhirnya setia kembali bekerja dengan keluarga McPike pada tahun 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori