Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Patriot Gesa Warga China...

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar kerajaan mengambil tindakan tegas...

Cara Unik Buka Bungkusan...

MEMANG tidak dinafikan, korang mesti pernah mengalami satu keadaan di mana sukar untuk...

Fizo Omar Dakwa Gambar...

Sejak siang tadi, sekeping gambar yang memperlihatkan awan berbentuk kalimah Allah di perkarangan...

‘Comolot’ Penyanyi Indonesia Kembali...

BAGAI sudah menjadi tradisi apabila Syawal menjelang tiba, setiap Muslim akan bermaaf-maafan terutamanya...

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan Selamat

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini memberi jaminan bahawa Malaysia masih menjadi destinasi selamat kepada pelancong dan terkawal daripada ancaman serangan pengganas.

Beliau berkata selain daripada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk menangani segala situasi ancaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi keselamatan luar negara bagi menghadapi sebarang ancaman pengganas di negara ini.

”Buat masa ini saya beri jaminan tindakan pencegahan berterusan sentiasa diambil polis untuk mengekang sebarang serangan pengganas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlakunya ancaman serangan pengganas.

Semalam, media tempatan melaporkan Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlaku serangan pengganas oleh Kementerian Luar United Kingdom.

Menurut laporan itu, Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) menasihatkan agar rakyatnya (UK) mengelak daripada berkunjung ke kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau, termasuk Lankayan, Mabul, Pom Pom, Kapalai, Litigan, Sipadan dan Mataking.

Mohamad Fuzi berkata kerjasama dengan pihak berkuasa asing terjalin rapat khususnya menerusi perkongsian maklumat bagi membolehkan pemantauan terhadap segala bentuk aktiviti keganasan dibuat secara lebih efektif.


“Contohnya di Sabah, polis bekerjasama dengan agensi keselamatan Indonesia untuk mengekang kemasukan kumpulan Abu Sayyaf atau elemen Daesh ke negara ini.

“Tangkapan berterusan sentiasa dilakukan dan ini membuktikan polis serius dalam menangani ancaman keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tindakan menyenaraikan Malaysia sebagai negara berisiko berlaku serangan pengganas adalah tidak wajar tanpa mendapatkan maklumat sebenar situasi daripada pihak berkuasa negara ini.

Katanya, laporan itu tanpa semena-mena hanya akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelancong.

“Sepatutnya mereka rujuk kepada PDRM terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya. – BERNAMA

Kategori