Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pekerja Ladang Kerugian RM1,400...

KUANTAN - Seorang pekerja ladang mengalami kerugian RM1,400 selepas terperdaya dengan panggilan palsu...

11 Jemaah Malaysia Jadi...

SEPANG - Seramai 11 rakyat Malaysia antara 225 jemaah bertuah dari pelbagai negara...

Elak Aktiviti Boleh Jejas...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai, terutama kontraktor supaya...

Bonda Sultan Johor Kembali...

JOHOR BAHRU - Bonda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Enche' Besar...

Malaysia Negara Contoh Perangi Keganasan

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Dunia Islam) Dr Muhammad Abdul Kareem Al-Issa menzahirkan rasa kagumnya dengan usaha Malaysia dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata Malaysia sememangnya satu contoh yang jelas kepada dunia Islam, terutama menerusi pendekatannya yang sederhana dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara ini.

“Malaysia dan Liga Dunia Islam bekerjasama dengan cara serupa dan pada tahap yang sama bagi menghapuskan keganasan dan memastikan kita dapat hidup dalam suasana damai dan harmoni,” katanya pada sidang berita selepas majlis penutupan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Wacana berprofil tinggi mengenai isu keselamatan antarabangsa itu, yang bertemakan ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan dalam Membanteras Keganasan’, dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami, sebuah organisasi bukan kerajaan di Arab Saudi.


Lebih 1,000 peserta dari 14 negara termasuk negara bukan Islam menyertai dialog dua hari itu yang bermula semalam. – BERNAMA

Kategori