Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Cabut Lari Lepas...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita...

Akibat Bergaduh, Pelumba China...

BAGI yang tidak tahu, perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL 2018) sedang...

Bernilai USD41 Juta, Kylie...

BARU berusia 19 tahun, Kylie Jenner sudah disenaraikan Forbes sebagai salah seorang daripada 100 selebriti yang dibayar paling...

Liga Super: JDT Rapatkan...

JOHOR BAHRU - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan rekod...

Malaysia Tak Akan Tambat Semula Ringgit – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia akan menjejaskan ekonomi dan kemakmuran rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia,” kata Perdana Menteri semasa melancarkan Invest Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang katanya mempunyai tanggapan menambat semula ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan membantu.

Menurut beliau, langkah menambat ringgit berbanding dolar AS yang dilaksanakan Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98 telah diambil terlalu lama.

“Para pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap kita dan kita mengambil masa yang lama untuk memenangi semula hati mereka. Ia amat merugikan negara,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, ini merupakan antara isu-isu lepas yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan dan fokus sekarang tertumpu ke arah masa depan Malaysia.

“Kita sedar ia bergantung kepada prasarana modal insan kita, persediaan kita bagi revolusi perindustrian keempat, penguasaan ekonomi digital, kefasihan dalam bahasa, termasuk Bahasa Inggeris dan pelaburan kita dalam prasarana seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan sebagainya,” katanya.


Perdana Menteri berkata kekukuhan transformasi ekonomi Malaysia terbukti dalam ekonomi baharu yang dibangunkan negara, dengan ringgit meningkat 10.4 peratus berbanding dolar AS tahun lepas.

Pada 5 Januari 2018, ringgit ditutup di paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, melepasi paras psikologi 4.0.

“Peningkatan ini disokong sebahagiannya daripada pemulihan harga minyak mentah dunia, tetapi ia juga menunjukkan sentimen positif dalam kalangan pelabur dan pengiktirafan terhadap asas ekonomi dan kewangan Malaysia yang amat baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori