Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Juadah Ramadan Bayar Ikhlas...

SERING kali diviralkan di media sosial berkenaan dengan peniaga yang cuba mengaut keuntungan...

Replika Pedang Rasulullah Antara...

KUALA TERENGGANU - Replika Pedang Rasulullah SAW dan pedang yang pernah digunakan para...

VIDEO: Isu Low Yat,...

RENTETAN kejadian di Plaza Low Yat yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sekarang,...

SKMM Sambut Baik NFCP...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik pengumuman dalam Belanjawan...

Mamee Bakal Guna Teknologi Robotik Bernilai RM2 Juta

MELAKA – Pengeluar makanan dan minuman Mamee-Double Decker (M) Berhad akan menggunakan teknologi robotik dari Jepun bernilai RM2 juta bagi proses pengeluaran mi segera dalam cawan bermula bulan hadapan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Mamee-Double Decker Datuk Pang Tee Nam berkata penggunaan teknologi berkenaan selaras keperluaan industri bagi menjaga kualiti produk, kebersihan dan keselamatan makanan.

Beliau berkata langkah berkenaan juga bagi memastikan syarikat sentiasa berada pada kedudukan dua teratas berikutan persaingan sengit dengan syarikat lain.

“Kita telah mula menggunakan teknologi ini sebagai langkah percubaan sebelum dilaksanakan secara sepenuhnya bulan hadapan bermula dari penghasilan mi segera sehingga ke peringkat pembungkusan.

“Teknologi ini adalah yang pertama kita gunakan di sini dan ia dijangka dapat meningkatkan pengeluaran mi segera cawan selain mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja,” katanya kepada pemberita selepas program lawatan kerja rasmi Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Lai Meng Chong di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Berhad Datuk Gary Choo.

Mengulas lajut, beliau berkata menerusi penggunaan teknologi itu, pengeluaran mi segera cawan dijangka dapat ditingkatkan sebanyak 10 peratus seminit daripada 300 cawan seminit ketika ini.

Penggunaan tenaga kerja juga dapat dikurangkan kepada dua hingga empat orang berbanding lapan hingga 10 orang menerusi kaedah konvensional, katanya.

Pang berkata penggunaan teknologi itu turut mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menggalakkan syarikat tempatan mengembangkan perniagaan atau perusahaan masing-masing.


Sementara itu, beliau berkata kerjasama syarikat berkenaan dengan syarikat pembekal makanan dari Korea, Shinsegae Food bagi penghasilan produk mi segera dan sos atau perisa halal yang melibatkan pelaburan RM50 juta dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

“Proses akhir bagi pelaksanaan kerjasama ini hampir siap sepenuhnya dan produk ini akan menembusi pasaran korea dan secara tidak langsung meningkatkan lagi pengeluaran syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak sejuta botol snek kentang Mister Potato edisi terhad berperisa udang pedas dikeluarkan sempena sambutan Tahun Baru China tidak lama lagi.

Pang berkata produk berkenaan dihasilkan daripada bahan berkualiti dan udang yang digunakan diimport dari Indonesia.

“Selain itu, kita juga mengeluarkan produk promosi mi segera cawan ‘Mamee Express’ 6+2 bagi perisa tom yam, ayam, kari dan sayur-sayuran sempena sambutan Tahun Baru Cina dan ia berbaloi untuk dibeli,” katanya. – BERNAMA

Kategori