Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan...

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka...

Ziana Zain Lega Lihat...

MESKIPUN kemelut peribadi belum ada jalan penyelesaian namun penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain...

Hari Terakhir Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung...

Najib Kecam Pengkhianat Parti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin...

Mangsa Banjir Di Jelebu Kekal 28 Orang

JELEBU – Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai, Simpang Pertang di sini masih kekal 28 mangsa daripada tujuh keluarga.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu hari ini, tiada penambahan bilangan mangsa banjir di PPS itu setakat 4 pagi ini.

PPS itu mula dibuka pada 3.45 pagi semalam susulan rumah mangsa mula dinaiki air berikutan hujan berpanjangan sejak 5 petang kelmarin, menyebabkan air Sungai Teriang melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

Mangsa terjejas terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Menurut Sekretariat JPBD Jelebu itu lagi, biarpun cuaca cerah, keadaan paras air banjir masih belum pulih dan tidak menunjukkan perubahan ketara.


Pemantauan terhadap bencana banjir masih diteruskan oleh agensi berkaitan. – BERNAMA

Kategori