Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan di...

34 GRO Rakyat Asing...

GEORGE TOWN - Sebanyak 34 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Jakim & Syarikat Korporat...

KAJANG - Kerjasama strategik di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan syarikat-syarikat...

Nicol Terus Unggul Sebagai...

KUALA LUMPUR - Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain...

Mangsa Banjir Di Johor Sedikit Meningkat

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Johor sedikit meningkat kepada 388 orang setakat 8 pagi ini berbanding 380 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata berikutan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) lagi dibuka iaitu Dewan Raya Kampung Parit Hassan di Kluang kerana banjir kilat yang melanda Kampung Parit Hassan.

“Seramai lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS tersebut. Sementara itu, seramai 380 mangsa daripada 105 keluarga masih ditempatkan di enam PPS di Mersing,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan yang masih terjejas banjir di Mersing ialah Kampung Kelantan, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Tawar, Kampung Jemari, Kampung Air Merah dan Kampung Pengkalan.


Pemantauan berterusan akan terus dijalankan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. – BERNAMA

Kategori