Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perhilitan Kedah Rampas Senapang...

ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menahan...

Khalid Ibrahim Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan...

Sistem Pertahanan Siber Negara...

LANGKAWI - Sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober...

Nabila Huda, Amy Search...

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara aktres, Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norish...

Mangsa Banjir Di Pahang Makin Berkurangan

KUANTAN – Banjir di daerah Bera kembali pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting ditutup pada petang ini.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di negeri ini juga semakin berkurangan dengan 370 orang masih ditempatkan di tujuh PPS pada petang ini berbanding 452 tengah hari tadi.

Lima PPS masih beroperasi di Pekan bagi menempatkan 281 orang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai (122 orang), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), SK Acheh (34) dan Balai Raya Kampung Tebat (11).

Di Lipis, seramai 48 orang ditempatkan di SK Chegar Perah manakala daerah Maran 41 orang yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian. – BERNAMA

Kategori