Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pinjaman Baru Kerajaan PN...

DARI FB NAJIB RAZAKDarurat diisytihar.Parlimen digantung.Akta kewangan yang kawal perbelanjaan digantung.Covid gagal dikawal...

MCA, MIC Tak Mahu...

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan...

KPDNKK Periksa 557 Barang,...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpukan pemeriksaan terhadap...

Lebih 47,000 PATI Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 47,968 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh...

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat, 2 PPS Dibuka

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin terus meningkat kepada 738 orang hingga 5 petang ini dengan ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 401 orang tengah hari tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Pekan dua lagi PPS baharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara yang menempatkan mangsa paling ramai 249 orang dan SK Seri Terentang (21 orang).

“Selain itu, mangsa turut ditempatkan di enam lagi PPS di Pekan iaitu SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (89), Pusat Pemindahan Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38) dan SK Acheh (sembilan),” menurut portal itu.

Di Rompin, jumlah mangsa turut bertambah kepada 125 orang berbanding 118 orang tengah hari tadi dengan ditempatkan di dua PPS.

Katanya, dua PPS itu ialah SK Tekek, Tioman yang menempatkan 63 orang dan Dewan Orang Ramai Leban Chondong menempatkan 62 orang. – BERNAMA

Kategori