KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang berkurangan kepada 1,506 orang sehingga 8 pagi ini dengan ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,532 mangsa malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang berkata, Pekan merekodkan jumlah paling ramai 1,212 orang yang ditempatkan di 10 PPS.
Di Rompin pula, jumlah mangsa masih kekal 294 orang ditempatkan di empat PPS. – BERNAMA