KUANTAN – Seramai 102 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan, setakat 8 pagi ini.
Menurut Portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS yang masih beroperasi ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 mangsa daripada 24 keluarga.
Baki sembilan mangsa daripada dua keluarga pula ditempatkan di SK Acheh. – BERNAMA