Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skandal Seks Dalam Pejabat...

Skandal dalam pejabat kerajaan. Isu itu kini panas di Oruro di Bolivia apabila...

Pembangunan Vendor Bumiputera Jana...

KUALA LUMPUR – Program Pembangunan Vendor (PPV) di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera...

Kos Sara Hidup Di...

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan...

UMNO Sabah Masih Relevan,...

KOTA KINABALU - UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah...

Mangsa Banjir Di PPS Sarawak Sedikit Meningkat

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak tengah hari ini meningkat sedikit kepada 98 orang berbanding 96 tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri SarAwak (JPBNS) dalam kenyataan berkata jumlah PPS terlibat kekal satu di Dewan Kampung Lutong, Sebangan di Sebuyau, kira-kira 100km dari sini.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak pula memaklumkan bahawa kawasan berkenaan masih digenangi air sekitar satu meter walaupun trend parasnya kekal semakin menurun sejak semalam, manakala keadaan cuaca kekal mendung.

Menurutnya semua petugas daripada pasukan polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, RELA, pejabat Daerah Sebuyau dan Majlis Daerah Simunjan masih berada di kawasan itu bagi memantau keadaan dan membantu mangsa banjir. – BERNAMA

Kategori