Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Guru Dituduh Bunuh,...

Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di...

Sungai Kupang Cetek Penuh...

BALING : Sungai Kupang didapati semakin cetek kerana dipenuhi pasir, menyebabkan airnya melimpah...

Enggan Ditemuramah, Sempat Jumpa...

SEBAIK selesai menjalani sesi prosiding mahkamah bagi mendengar rayuan berhubung kes liwat, Ketua...

GST: Harga Barang Naik,...

SEREMBAN - Harga barangan termasuk barangan keperluan asas yang semakin meningkat, sebenarnya antara...

Mangsa Banjir Di Raub Meningkat Sedikit Malam Ini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat sedikit kepada 92 orang sehingga 8 malam ini berbanding 78 orang petang tadi dengan kesemuanya ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata PPS Masjid Kampung Ulu Sungai mencatatkan mangsa paling ramai dengan 41 orang daripada 13 keluarga.

“Empat lagi PPS yang beroperasi ialah Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 27 orang daripada lapan keluarga, Balai Raya Kampung Sengkela menempatkan 10 orang daripada empat keluarga.

“Surau RRM Cheroh pula 10 orang daripada dua keluarga dan Balai Umno Kampung Batu Talam yang menempatkan empat orang daripada dua keluarga,” katanya.

Paras air Sungai Lipis di Batu Malim, Raub menunjukkan trend mendatar berbanding menaik sebelum ini. – BERNAMA

Kategori